Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

salam 1 MALAYSIA...

Selamat bertemu kembali , terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog saya nie , disebabkan saya terlalu busy dengan kerja dan kerjaya nie tu yang tak sempat nak update....hehehehe!! Untuk pengetahuan semua saya dah lebih kurang 2 bulan berada di pulau Langkawi untuk menguruskan kerja dan kerjaya saya....hehehe!! pengalaman duk disini memang indah dan seronok sangat , hari-hari bangun makan cokelat dan nampak laut, ermmm jadi tenang dan kurang stress dari duk dikota , maklum la cokelat kat sini murah sangat , so breakfast macam mat saleh la....hahahahahaha!! saya dah ramai kawan kat sini semuanya banyak membantu terutama dari segi business dan kerja saya sebagai seorang anak seni....tujuan utama saya berada disini adalah untuk membesarkan empayar saya disini , kira strategi baru la.....pegi satu kawasan dan besarkan empayar dan cari tempat lain....hahaha!! Sesiapa yang rasa nak datang langkawi boleh la hubungi saya okay , kat sini dah jadi macam tempat sendir

salam ramadhan 1430.......

Salam Ramadhan Al Mubarak 1430 , esok seluruh umat islam didunia akan menyambut bula yang penuh nikmat bagi kita umat islam , harapan saya agak kita dapat mengubah serba sedikit keburukan yang ada dalam diri kita agar menjadi lebih baik , apa pun kita harus bersyukur kerana masih lagi diberi nyawa olehNYA untuk sama-sama menikmati keindahan bulan yang cukup bermakna bagi kita semua.... Kali ni saya nak bercerita serba sedikit tentang dugaan yang melanda diri saya baru-baru nie , alhamdulillah segalanya dapat diatasi walaupun tanggapan segelintir masyarakat terhadap saya masih lagi serong....itu hak masing-masing , sebagai seorang manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan , itu mungkin yang berlaku pada saya dan yang pasti setakat ni saya rasa saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana wartawan hiburan di Malaysia , tak tahu la kalau mereka ada masalah dengan saya , walau bagaimana pun saya terima kritikan yang membina yang dilemparkan pada saya tempoh hari semasa acara gilang

pergi tak kembali......

Salam bertemu kembali.....pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur kepada ALLAH kerana masih memberi ruang untuk saya bernafas dan terus hidup dimuka buminya..... mudah-mudahan saya diberkati atas tuduhan dan salah anggap orang pada saya , eh-eh da kemana nie ? salah story la pulak.... Sebenarnya saya ingin menggucapkan takziah kepada keluarga ASRI IBRAHIM dari kumpulam RABBANI yang telah pergi menemui penciptanya diusia 40 tahun pada 13 ogos 2009 iaitu dibulan yang cukup indah bagi pengiraan islam bulan syaaban.... beliau rebah ketika menanti giliran untuk membuat latihan bagi pelancaraan sebuah program dokumentari musim baru di RTM , pada saat kejadian ustaz Asri rebah lebih kurang jam 10.30 pagi hanya rakan sekumpulan bersama beliau , 15 minit kemudian ustaz Asri dikejarkan ke hospital pantai , setiba di hospital selepas doktor membuat pemeriksaan , ustaz Asri disahkan meninggal dunia...... Sukar untuk saya terima hakikat ini , tetapi ini adalah kuasa tuhan yang tidak mampu kita

Bertemu kembali.....

salam , innalillah dan takziah itulah yang dapat saya ucapkan kepada kedua keluarga arwah iaitu Khairil Khamis dan abang Aniff pengarang majalah media hiburan yang meninggal dunia pada minggu lepas , Khairil meninggal dunia akibat masalah jantung dan Aniff meninggal disebabkan masalah penyakit TB , itu yang disahkan doktor tapi sebaliknya yang saya dengar tentang beliau , walau apa pun saya tak nak ulas lanjut , hanya tuhan yang tahu.... ape yang saya harap agar semua pengunjung blog saya ini dapat sedekahkan al-fatihah buat dua orang yang bagaikan mutiara dalam industri hiburan tanah air kite , sama-samalah kita doakan agar roh kedua-duanya ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh....amin. Itu cerita sedih yang saya nak kongsikan kali ini , tapi cerita yang menggembirakan kita sebagai sahabat adalah kelahiran bayi bagi pasangan romantis iaitu Khai dan Rosma , ermmm tengok muke baby tu sangat comel , tahniah buat Khai dan Rosma , semoga aidilfitri kali ini lebih ceria disamping oran

SKRIP 7707 (16 JULAI 2009)

Salam kengkawan jangan lupe menonton filem SKRIP 7707 dipawagam berhampiran anda kerana filem ini lain dari yang lain , filem yang mengetengahkan 9 cerita pendek yang benar dalam satu filem , menarik bukan ? jadi pergilah menonton dengan minda yang terbuka......kalau korang semua ada komen selepas menonton nanti tolong la komen kat sini yea , mudah-mudahan aper yang dipaparkan dalam filem ini dapat memberi pengajaran dan petunjuk agar kita lebih berhati-hati.... sekian dan selamat menonton!!

Nasib malang.....

Hari ini , 06/06/09 sabtu jam 12.38 pagi adalah hari yang paling malang dalam sejarah perjalanan hidup aku sebab tingkap sebelah kiri bahagian belakang kereta kesayangan aku telah dipecahkan oleh pencuri yang sedang dalam kelaparan wang ringgit , macam nie ceritanya ......... Pada pukul 12.38 pagi , aku dan seorang rakan tiba di NZ curry house di wangsamaju untuk bertemu komposer terkenal setelah perjanjian dibuat , aku pun parking la kereta kat bawah banggunan tu , tak kan nak parking atas banggunan pulak kan ? hahaha…. Tempat yang aku parking nie tak la jauh sangat dari NZ tu dekat gak la kan ….. dah parking aku pun ajak la kawan aku untuk sama-sama berjumpa dengan komposer tersebut tapi pada mulanya kawan aku nie tak nak turun , setelah diajak juga akhirnya dia ikut gak la , ha bayangkan kalau dia tak turun ? samaada dia selamat ? barang tak dicuri ? atau dia dicederakan ? atau cermin sahaja yang pecah , barang tak dicuri ? atau sebaliknya ? hahahahaha Tepat jam 1.30 pagi aku pun ke

Bulan JUN & JULAI yang busy.........

Bulan Jun dan Julai nie saya busy dengan promosi Filem Skrip 7707 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang akan ditayangkan pada 16 JULAI 2009 nanti , jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan sebuah lagi filem hasil buah tangan Prof ni yang bergenrekan seram , menariknya filem nie sebab ada 9 cerita hantu pendek dalam satu filem ...... Jun nie jugak saya akan turun ke lokasi penggambaran drama dan akan turun ke tempat anda untuk promosi filem ini , ha nanti saya akan upload gambar dan info terbaru tentang filem ini dan berita tentang saya lagi okayyyyy........tunggguuuuu!! 1 Jun 2009 photoshoot dengan majalah Hai , KL 9 Jun 2009 photoshoot dengan Berita Harian , Bangsar KL 10 Jun 2009 photoshoot dengan majalah media hiburan , Shah Alam 15 Jun 2009 photoshoot dengan kumpulan Utusan , Jalan Chan Siow Lin , KL 16 Jun 2009 interview filem D9 , TV9 , TGV One Utama , Damansara . 17 Jun 2009 Berita Harian , Photoshoot . 26 Jun 2009 Road tour utara malaysia ( Star Walk , Alor Star ja

huhhh.....

Benarkanku tuk berbicara bicara terus ke hatimu…..hatimu.. hati yang penuh rasa ragu jangan terus pergi tanpa mendengar ku begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu berikanlah waktu untuk aku untuk kamu ingatkah lagi waktu kau bersamaku kaku aku melihat mu lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu ke tepi lihat ku berlalu pasti itu yang terbaik untuk ku tiada lagi mahu ku tahu tentang hidup kamu tentang mati kamu aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu ingatkah lagi waktu kau bersama ku kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu dengar kata ku aku cinta padamu benci padamu cinta padamu sakitnya aku membenci kamu sakit lagi mencintaimu dan aku pergi tapi kembali benci aku mencintai dirimu ku benci…. kamu… aku cinta….kamu… ingatkah lagi waktu kau bersama ku kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu dengar kata ku aku cinta padamu benci padamu padamu….. ingatkah lagi waktu kau bersamaku ka

cinta ini membunuhku.....

kau membuat ku berantakan kau membuat ku tak karuan kau membuat ku tak berdaya kau menolakku acuhkan diriku bagaimana caranya untuk meruntuhkan kerasnya hatimu ku sadari ku tak sempurna ku tak seperti yang kau inginkan reff: kau hancurkan aku dengan sikapmu tak sadarkah kau telah menyakitiku lelah hati ini meyakinkanmu cinta ini membunuhku bagaimana caranya untuk meruntuhkan KERASNYA HATIMU ku sadari ku tak sempurna ku tak seperti yang kau inginkan

saya penagih dadah ? haaaa.......tidakkkkkk!!

Salam , saya sekarang ni berada di bahau , Negeri Sembilan ..... saya sedang menjalani penggambaran drama 13 episod terbitan RTM , saya memegang watak joe dalam drama ni saya jadi penagih dadah , kalau nak tengok saya hisap dadah tubggu drama ni on air kat RTM 2 ok ? drama ni di adaptasi dari komik arca dan atok la .... best gak drama nie , dari awal tahun nie saya asyik shooting dengan RTM je , dah rezeki katakan ....... alhamdulillah la rezeki allah bagi , tapi daya tak dapat join jom heboh kat lumut dan johor sebab shooting drama ni sampai akhr bulan Mei ni , tapi 24 , 25 dan 26 nie saya ada event di Kedah , "MERBOK GO GREEN" bertemakan watersports ...... tak sabar juga nak pegi nie , lagi beberapa hari je.... Ramai juga artis yang sudah memberi kata putus untuk turut serta dalam acara nie , ape pun terima kasih la ...... kalau ada kesempatan nanti saya upload gambar event saya nanti ok?  Harapan saya agar event nie berjaya dan berjalan dengan lancar.... see u all again!!

dunia baru ku !!

Salam dan selamat pagi , lama gak la tak post entri baru kat blog nie , al maklum la kan dengan kesibukan yang melanda bak tsunami nie.... apa pun alhamdulillah kerana saya masih bernafas lagi di bumi allah ini ,  ape yang dunia baru nye nie ?  ha... saya nak cerita nie tapi nak start dari mana ek ? ermm memana lah ye .... sebenarnya saya telah menandatangani kontrak dengan PRIMEWORKS STUDIOS Sdn Bhd iaitu anak syarikat Media Prima Berhad sebagai artis dibawah naungan mereka yang dijaga oleh 8 UNIT , anyway terima kasih yang tak terhingga kepada semua staff 8 Unit dan Primeworks Studios yang sudi terima saya , itu la dunia baru saya dalam industri yang saya ceburi nie ,  Menjelang bulan April nie saya akan sibuk di lokasi penggambaran drama 13 episod yang diberi judul arca dan atok , penggambaran akan dijalankan disekitar kuala pilah , Negeri Sembilan selama sebulan dan di Kuala Lumpur lebih kurang 10 hari..... nampak gayanya saya mungkin akan dapat calon seterusnya di kuala pilah la k

pertama kali....

Seronok dan teruja , itu la ungkapan yang terbit dalam hati apabila tiba di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu , Sabah tepat pada pukul 12.20 tengah malam dengan menaiki pesawat Malaysia Airline MH2626 737-400 dari KLIA pukul 9.50 malam . Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki di negeri dibawah bayu ni , setelah sekian lama berhajat untuk sampai di sabah akhirnya termakbul doa saya , syukur kehadrat Allah , sebaik tiba saya menaiki teksi terus menuju ke hotel penginapan di Le Meridian di pusat bandaraya , sebaik sampai dihotel kami berehat dan bersembang sehingga jam 4.30 pagi sebelum bangun semula pada pukul 10.00 pagi untuk sarapan pagi di lobby hotel .  selasai sarapan pagi , selapas habis urusan kerja kami , kami pun memulakan perjalanan untuk berkunjung ke Shopping Mall yang terbesar di Kota Kinabalu iaitu One Borneo , setelah lebih kurang 1 jam disana , kami terus pulang ke hotel semula unuk check out , setelah check out kami pergi ke pasar yang jual barangan cend

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mere

mac ini....

Salam semua , Rasukan Ablasa masih di pawagam lagi jadi kalau anda belum menonton filem ini cepat-cepat la pergi menonton ye !!  Bulan MAC ini terlalu busy sangat , kepada anda yang selalu menghantar email yang yang bertanyakan bila la hafiz nak berlakon drama kan ? haa bulan ni saya akan start shooting drama untuk slot samarinda dan 2 lagi drama untuk RTM , saya juga masih lagi dalam perbincangan untuk drama 100 episod....lepas nie boleh la tengok saya kat TV pulak ye ..... hehehe!!  4 Mac 2009  10.30 pagi - kunjung hormat ke pejabat Menteri Kementerian Kesenian , Perpaduan , Kebudayaan , dan Warisan Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Sri shafie Afdal .  12.30 tgh - live Wanita Hari Ini  3.30 ptg - Pelancaran Festival Filem Malaysia yang ke 22 di Kompleks Studio Merdeka (Finas) Ulu Klang .  shooting Suria Kasandra di pulau pangkor .  11 Mac 2009   8.00 mlm -  Tayangan promosi filem skrip 7707 di Dewan Sri Budiman , UiTM Shah Alam .  13 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009 - Kuala Medang d

RASUKAN ABLASA........HARI INI - 26 FEB 2009!!

Salam dan selamat pagi , jangan lupa menonton filem lakonan saya iaitu RASUKAN ABLASA dipawagam pada HARI INI (26 FEB 2009) , filem ini diterbitkan oleh PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD , arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen dan kelainan filem ini adalah dari segi jalan ceritanya kerana filem ini menggunakan elemen seram yang menggunakan bunyi sebagai subjek utama jalan cerita , filem ini 3 tahun lepas penggambarannya dan disimpan untuk masa yang lama atas sebab-sebab tertentu , harapan saya agar anda yang menonton tidak membezakan lakonan kami dulu dan sekarang , semestinya ada perubahan , selain saya filem ini turut dijayakan oleh Fouziah Gous , Gambit , Almy Nadia , Nadia Yusry , Shazmin Hashim dan ramai lagi , kalau sesiapa yang sudah menonton boleh la bagi komen sikit kat sini ye ..... selamat menonton kepada semua .......  

keikhlasan......

Salam dan selamat berhujung minggu , topik yang saya nak ceritakan ini adalah tentang keikhlasan atau ikhlas , sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita didunia ini dimana keikhlasan yang kita pamerkan selalu diperkotak-katikkan , itu adalah dugaan dalam kehidupan seharian kita , tapi kenapa masih lagi berlaku perkara sebegini ? ermm.....sebagai contoh apa yang berlaku pada saya sendiri semenjak dua menjak ini dimana keikhlasan saya tu di pergunakan , dipermainkan , diperbodohkan dan sebagainya ...... saya sangat kecewa , walaubagaimana pun saya harus kuat untuk mengharungi segala dugaan ini , keikhlasan saya dipermainkan oleh sesetengah pihak yang merasakan mereka ini hanya ingin mencuba atau sekadar melepaskan batuk ditangga semasa atau dalam keadaan tersebut atau hanya ingin mencuba dan mencari kepuasan diri , apabila keikhlasan seseorang itu dipermainkan maka orang yang dipermainkan keikhlasannya akan merasa sangat kecewa dan mungkin akan bertindak diluar kawalan dirinya sendiri ,

Alhamdulillah....syukurr!!

Salam dan selamat pagi u allz.....sebenarnya baru lepas baca blog azwan ali yang meletop tue ..... panas jadinya pepagi nie , ape pun selamat hari jadi buat azwan ali yang ke 43 ,  Sebenarnya nak cerita pasal azam tahun baru yang baru sahaja saya capai , nie azam yang kedua saya capai dalam tempoh 2 bulan dalam tahun 2009 nie , walaupunnnnn diuji dengan banyak dugaan dan cabaran sebagai hambaNYA dan dugaan sebagai anak seni tapi tetap dia beri apa yang kita azam , syukur alhamdulilah.... untuk pengetahuan semua saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem pendek yang berjudul "LILIN dan PASARAYA" pada 13 Feb 2009 yang lepas , ia adalah dibawah arahan saya sendiri , haa itu la antara azam tahun nie yang tercapai , nak jadi pengarah dan penerbit , walaupun dibawah syarikat sendiri dan ini adalah produksi kecil tapi ini adalah azam aku , sekali lagi syukur alhamdulilah..... sepanjang penggambaran dijalankan tiada sebarang masalah yang timbul cuma saya agak stress dan ta

tak de lagi hafizzz.....hanya bayang-bayang !!

hai , kini tak de lagi hafiz ..... ape yang ada hanya lah bayang-bayang , dan jangan takut pada bayang-bayang sendiri ..... itu yang paling penting ..... huh!! nak tahu macam mana nak main dengan bayang-bayang ? cukupkan ilmu dulu , ilmu ape itu yang aku tak pasti ..... aku akan membuat sesuatu yang mungkin diluar dugaan aku tapi buat masa nie aku masih boleh bertahan lagi , entah esok atau lusa tak tahu ape yang akan jadi .... dalam satu masa semua benda datang menimpa , sampai nak masuk longkang dah aku nie ..... masih tak de orang yang rasa ingin membantu , tpi tak pe la nak wat macam mana .....lumrah hidup aku mmg macam nie , masa susah semua macam duk diam jek tapi aku tak cakap semua mcm tue la , pikir sendiri lahh!! kenape aku perlu begini dan merasa begini ? ada sesiapa boleh tolong jawab ? mungkin korang ada pendapat ? aku tak tahu la nak cakap ape lagi , tapi nie la keadaan nye dan aku sangat tension dan sedihhh....aku mesti pergi lebih jauh dan jauhh untuk mencari kedamaian

disaat ini.....

huhh...disaat ini dengan kerja , masalah , kerjaya , kehidupan dan pelbagai benda lain lagi yang aku hadapi sangat membebankan , aku seolah-olah hilang arah..... semuanya memberikan tekanan yang amat sangat terutama pada masalah yang satu nie , walau apa pun aku bersyukur kerana semuanya kehendak tuhan yang tersirat yang harus aku tempuhi dengan hati yang terbuka , masalah yang satu nie sangat merunsingkan aku dan merisaukan aku tentang ape yang akan aku hadapi nanti , mungkin disaat ini aku tidak rasa impaknya , ape yang aku harapkan adalah seseorang yang dapat memdampingi aku dikala aku dilanda tsunami dengan pelbagai benda macam nie tapi semua sebaliknya , entahlah mungkin ini dugaan yang harus aku hadapi....aku mmg membuat kesilapan tapi aku rasa kesilapan yang dilakukan itu bukanlah dengan niat atau nawaitu aku itu bukan kearah hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah , ape pun maafkan aku dengan kesilapan yang aku sendiri tidak sengajakan itu , aku harap agar keadaan kembali sedia

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja

Maafkan Aku !!

salam semua , ape khabar ? ermmm..... kebizian yang melanda ini agak memenatkan la ... tapi dah tanggungjawab so kena hadapi dengan tabah la ye ! Hujung minggu yang lepas selama 2 hari aku berkampung kat FINAS ada hari terbuka FINAS dan pelancaran DIGITAL MIXSTAGE STUDIO , studio yang pertama di malaysia yang mempunyai kelengkapan audio yang bertaraf antarabangsa (dolby digital) , ini satu pembaharuan dalam industri filem malaysia dan diharap dapat membakar semangat penggiat seni untuk menghasilkan karya yang bermutu dimasa akan datang dan studio ini dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak , Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Ermmm mesti korang pelik kan ? tajuk lain tapi cerita lain .... sebenarnya cerita yang saya nak cerita nie tak de kena mengena dengan cerita diatas , sebenarnya saya nak mintak maaf kepada seseorang tentang ape yang dah berlaku , ape yang saya rasa mungkin salah faham dan mungkin dia hanya dengar cerita dari sebelah pihak sahaja ,

tiada bintang lagi.....

salam , ape khabar ? harap semua sihat .... saya baru je balik dari Perlis Indera Kayangan atas kehendak kerja dan tanggungjawab , event Green Rought Road Rally kali ini agak seronok gak la...kesemua peserta agak enjoy dan happy dengan tugasan yang diberikan , syabas buat pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak menang okayy !! tapi sebenarnya bukan pasal event saya ni yang saya nak cerita tapi benda lain , entah la semenjak dua menjak ini saya rasa macam berada di bumi Gaza pulakk ..... sentiasa berada dalam keadaan takut dan tak tenang dengan keadaan saya .... mmg dah jadi lumrah dalam hidup kita yang mana jalan yang kita lalui ini tak selalu lurus dan ada kalanya jalan tu bengkang bengkok dan kemanisan itu tak selalu kekal , ini adalah hakikat yang kita kena terima dalam hidup tapi ada kalanya hakikat ini amat perit dan tak boleh langsung untuk diterima..... aku pasrah dan berserah agar tuhan dapat tunjukkan aku jalan yang sebenar pada aku , mungkin ini dugaan yang tuhan be

LET'S CHAT AND JAM !!

Hai , ecok adalah hari yang saya tunggu-tunggu gak dalam diari seni saya , ecok bertempat di THE ORANGE CLUB Jalan Kia Peng , Kuala Lumpur jam 7.45 malam akan diadakan buat kali keduanya LET'S CHAT AND JAM . Program yang akan memberi ruang kepada karyawan seni Malaysia untuk meluahkan segala masalah yang ada untuk sama-sama kita cari jalan penyelesaiannya dalam jangka masa singkat mahupun jangkamasa panjang , program kali ini berbeza sikit dengan yang sebelum ini sebab pihak biro muda karyawan juga dalam masa yang sama mengadakan kutipan dana tabung karyawan untuk GAZA , harapan kami agar program ini akan mencapai objektif yang kami mahukan demi industri seni kita khususnya dan secara tak langsung kami juga menjalankan tanggungjawab sosial kemanusiaan dan peka terhadap ape yang berlaku disekeliling kita khususnya didalam negara sendiri mahupun diperingkat global , kali ini juga kami memilih Orange Club sebagai tempat berlangsungnya acara ini disebabkan keluasan tempat itu send

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

Hai semua !! selamat harijadi untuk saya ..... hahahhahaha.... hari jadi tahun ni genaplah umur saya 25 tahun , tahun nie memang sangat best bila sambut hari jadi cebab saya potong kek sebanyak 3 kali dan ada kejutan yang amat mengejutkan , seumur hidup saya tak pernah dapat kejutan yang sebegini rupanya ..... huhh cuak gak la dibuatnya , apebila dua orang penyanyi popular dan kelab peminatnya bergabung untuk membuat kejutan yang luar biasa , dorang nie plan kononnya bergaduh tahap yang diluar dugaan saya , pastu dorang call suh saya datang ditempat kejadian untuk selesaikan masalah yang dihadapi , saya pun datanglah dengan sepupu salah seorang penyanyi nie , tiba jek kat sana mereka sedang bergaduh sampai nangis-nangis nie... punya la hebat lakonan dorang nie....mana taknya dengan prop sebijik botol red bull yang dihempas ke bumi lalu bersepailah kaca bertaburan di jalanraya , bertambahlah takut saya nie , dalam fikiran saya cuma fikir macam mana nak handle keadaan nie ..... rasa ser

FiLeM RaSuKaN AbLaSa.....26 FeB 2009

Hye , salam sejahtera ..... kepada semua peminat filem malaysia jangan lupa untuk menyaksikan filem RASUKAN ABLASA di pawagam pada 26 FEB 2009 nanti okayyy.... filem yang mengisahkan sekumpulan sahabat yang ingin memasuki pertandingan voice of nature , mereka sepakat untuk menang dalam pertandingan itu lalu membuat keputusan untuk mencari bunyi yang paling pelik sekali , jadi mereka kesebuah perkampungan yang agak pendalaman untuk mencari bunyi yang agak pelik , kejadian berlaku apabila salah seorang rakan mereka bermimpi dan berjalan didalam hutan dan terjumpa sebuah kotak misteri , jimmy (lakonan hafiz nafiah ) ingin membawa pulang kotak itu ke kawasan perkhemahan mereka , bermula dari itu berlakulah bermacam tragedi yang tidak dapat mereka jangkakan sehinggalah asyhraf (lakonan gambit) terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk selamatkan rakan-rakan mereka yang ditahan di sel (wad orang gila) , akhirnya mereka semua selamat dan memenangi pertangdingan voice of nature tersebu

Sejak dari itu !!

Ermm..macam mana nak cerita ye ? ape pun sejak dari saat itu hari-hari ku semakin mencabar dan sentiasa dalam keadaan yang sangat nervous , walau bagaimana saya mmg cucah la nak terima keadaan ini , ape yang saya harap agar semuanya berjalan dengan lancar dan semoga Tuhan dapat memberi hidayah dan petanda yang baik dalam menempuh segalanya , kemanisan selalunya tak berkekalan tapi mungkin itu hanya tafsiran orang jek kan ? hahahaha..... (masih boleh ketawa) segalanya ketentuan Tuhan....langit mendung tak semestinya hujan , ape pun ini sekadar luahan seorang insan yang jahil , ape yang saya harap agar Tuhan dapat membantu dalam segala ape yang saya lalui ini agar lancar perjalanan yang masih jauh untuk saya lalui ini , segalanya masih kabur , eh2 cedeyyy nye ... ermm cedeyyy ke ? itu yang kitak tak dapat nak pastikan..... Ape pun tak sabar nak pegi Anugerah Juara Lagu yang ke 23 nie , sebab lagu yang masuk final semuanya best-best , ye ke tak sabar cebab lagu best-best ? ermm tu bukan

Sampai Syurga untuk seseorang....

Kumembenarkan jiwaku Tuk mencintaimu Kupersembahkan hidupku Tuk bersama kamu Dan diriku untuk kamu Belum pernah kumerasai begitu Semua itu telah berlalu Harapanku palsu Dan mungkin hari yang satu Terus ku tertunggu Di hatiku masih kamu Belum pernah ku ingin terus memburu Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik Tuk dirimu Namun aku tetap aku Yang terbaik tuk diriku Hanya satu Hanya kamu Kumembiarkan hatiku Tuk merinduimu Kumenghamparkan sakitku Tuk tatapan kamu Bersamamu harapanku Hilang dalam terang yang membutakanku Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik Tuk dirimu Sampai syurga kumenunggu Sampai syurga kucintamu Hanya kamu Dan segala yang ku ada Kuberikan semua Untuk dirimu saja Ku mahu dirimu Bahagia tuk selamanya Biar sampai syurga Aku menunggu cinta darimu Agar ku sempurna Aku fahami aku bukan terbaik Tuk dirimu Namun aku tetap aku Yang terbaik tuk diriku Hanya satu Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu

huhh!! Nervous gilerrr . . .

Huhhh.....nervous gilerr hari niee... tah la kenape nervous pulak .... ape pun cemalam baru balik dari majlis persandingan mawi dan ekin di KL nie...besttt gilerr!! yang nervous ni tak ada kena mengena ngan mawi kawin , yang pasal nervous ni pasal diri sendiri la ... ermmm , nanti lahh saya cerite pasal ape ... ermm ape2 pun kowang doa lah untuk saya ok ... jumpa korang semua di Anugerah Juara Lagu nanti di Stadium Putra Bukit Jalil 18 January 2009 . tata.....