Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

RASUKAN ABLASA........HARI INI - 26 FEB 2009!!

Salam dan selamat pagi , jangan lupa menonton filem lakonan saya iaitu RASUKAN ABLASA dipawagam pada HARI INI (26 FEB 2009) , filem ini diterbitkan oleh PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD , arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen dan kelainan filem ini adalah dari segi jalan ceritanya kerana filem ini menggunakan elemen seram yang menggunakan bunyi sebagai subjek utama jalan cerita , filem ini 3 tahun lepas penggambarannya dan disimpan untuk masa yang lama atas sebab-sebab tertentu , harapan saya agar anda yang menonton tidak membezakan lakonan kami dulu dan sekarang , semestinya ada perubahan , selain saya filem ini turut dijayakan oleh Fouziah Gous , Gambit , Almy Nadia , Nadia Yusry , Shazmin Hashim dan ramai lagi , kalau sesiapa yang sudah menonton boleh la bagi komen sikit kat sini ye ..... selamat menonton kepada semua .......  

keikhlasan......

Salam dan selamat berhujung minggu , topik yang saya nak ceritakan ini adalah tentang keikhlasan atau ikhlas , sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita didunia ini dimana keikhlasan yang kita pamerkan selalu diperkotak-katikkan , itu adalah dugaan dalam kehidupan seharian kita , tapi kenapa masih lagi berlaku perkara sebegini ? ermm.....sebagai contoh apa yang berlaku pada saya sendiri semenjak dua menjak ini dimana keikhlasan saya tu di pergunakan , dipermainkan , diperbodohkan dan sebagainya ...... saya sangat kecewa , walaubagaimana pun saya harus kuat untuk mengharungi segala dugaan ini , keikhlasan saya dipermainkan oleh sesetengah pihak yang merasakan mereka ini hanya ingin mencuba atau sekadar melepaskan batuk ditangga semasa atau dalam keadaan tersebut atau hanya ingin mencuba dan mencari kepuasan diri , apabila keikhlasan seseorang itu dipermainkan maka orang yang dipermainkan keikhlasannya akan merasa sangat kecewa dan mungkin akan bertindak diluar kawalan dirinya sendiri ,

Alhamdulillah....syukurr!!

Salam dan selamat pagi u allz.....sebenarnya baru lepas baca blog azwan ali yang meletop tue ..... panas jadinya pepagi nie , ape pun selamat hari jadi buat azwan ali yang ke 43 ,  Sebenarnya nak cerita pasal azam tahun baru yang baru sahaja saya capai , nie azam yang kedua saya capai dalam tempoh 2 bulan dalam tahun 2009 nie , walaupunnnnn diuji dengan banyak dugaan dan cabaran sebagai hambaNYA dan dugaan sebagai anak seni tapi tetap dia beri apa yang kita azam , syukur alhamdulilah.... untuk pengetahuan semua saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem pendek yang berjudul "LILIN dan PASARAYA" pada 13 Feb 2009 yang lepas , ia adalah dibawah arahan saya sendiri , haa itu la antara azam tahun nie yang tercapai , nak jadi pengarah dan penerbit , walaupun dibawah syarikat sendiri dan ini adalah produksi kecil tapi ini adalah azam aku , sekali lagi syukur alhamdulilah..... sepanjang penggambaran dijalankan tiada sebarang masalah yang timbul cuma saya agak stress dan ta

tak de lagi hafizzz.....hanya bayang-bayang !!

hai , kini tak de lagi hafiz ..... ape yang ada hanya lah bayang-bayang , dan jangan takut pada bayang-bayang sendiri ..... itu yang paling penting ..... huh!! nak tahu macam mana nak main dengan bayang-bayang ? cukupkan ilmu dulu , ilmu ape itu yang aku tak pasti ..... aku akan membuat sesuatu yang mungkin diluar dugaan aku tapi buat masa nie aku masih boleh bertahan lagi , entah esok atau lusa tak tahu ape yang akan jadi .... dalam satu masa semua benda datang menimpa , sampai nak masuk longkang dah aku nie ..... masih tak de orang yang rasa ingin membantu , tpi tak pe la nak wat macam mana .....lumrah hidup aku mmg macam nie , masa susah semua macam duk diam jek tapi aku tak cakap semua mcm tue la , pikir sendiri lahh!! kenape aku perlu begini dan merasa begini ? ada sesiapa boleh tolong jawab ? mungkin korang ada pendapat ? aku tak tahu la nak cakap ape lagi , tapi nie la keadaan nye dan aku sangat tension dan sedihhh....aku mesti pergi lebih jauh dan jauhh untuk mencari kedamaian

disaat ini.....

huhh...disaat ini dengan kerja , masalah , kerjaya , kehidupan dan pelbagai benda lain lagi yang aku hadapi sangat membebankan , aku seolah-olah hilang arah..... semuanya memberikan tekanan yang amat sangat terutama pada masalah yang satu nie , walau apa pun aku bersyukur kerana semuanya kehendak tuhan yang tersirat yang harus aku tempuhi dengan hati yang terbuka , masalah yang satu nie sangat merunsingkan aku dan merisaukan aku tentang ape yang akan aku hadapi nanti , mungkin disaat ini aku tidak rasa impaknya , ape yang aku harapkan adalah seseorang yang dapat memdampingi aku dikala aku dilanda tsunami dengan pelbagai benda macam nie tapi semua sebaliknya , entahlah mungkin ini dugaan yang harus aku hadapi....aku mmg membuat kesilapan tapi aku rasa kesilapan yang dilakukan itu bukanlah dengan niat atau nawaitu aku itu bukan kearah hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah , ape pun maafkan aku dengan kesilapan yang aku sendiri tidak sengajakan itu , aku harap agar keadaan kembali sedia

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja

Maafkan Aku !!

salam semua , ape khabar ? ermmm..... kebizian yang melanda ini agak memenatkan la ... tapi dah tanggungjawab so kena hadapi dengan tabah la ye ! Hujung minggu yang lepas selama 2 hari aku berkampung kat FINAS ada hari terbuka FINAS dan pelancaran DIGITAL MIXSTAGE STUDIO , studio yang pertama di malaysia yang mempunyai kelengkapan audio yang bertaraf antarabangsa (dolby digital) , ini satu pembaharuan dalam industri filem malaysia dan diharap dapat membakar semangat penggiat seni untuk menghasilkan karya yang bermutu dimasa akan datang dan studio ini dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak , Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Ermmm mesti korang pelik kan ? tajuk lain tapi cerita lain .... sebenarnya cerita yang saya nak cerita nie tak de kena mengena dengan cerita diatas , sebenarnya saya nak mintak maaf kepada seseorang tentang ape yang dah berlaku , ape yang saya rasa mungkin salah faham dan mungkin dia hanya dengar cerita dari sebelah pihak sahaja ,