Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Saya pelajar..!!

Alhamdulillah syukur , Hari ini saya menerima  surat tawaran untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam jurusan Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia , Syukur kepada Allah kerana ini adalah salah satu impian saya & hari ini juga secara rasmi saya bergelar pelajar di UUM , semoga ini satu permulaan untuk tahun baru Maal Hijrah 1437 untuk saya...Semoga industri hiburan tanah air akan mempunyai ramai lagi penggiat seni yang berpelajaran dan mampu memberikan sumbangan kearah pembanggunan industri seni tanah air khususnya didalam akademik... Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia serta sahabat-sahabat yang banyak membantu untuk merialisasikan impian saya...InshaAllah saya akan melalukan yang terbaik untuk diri saya dan industri hiburan tanah air...Terima kasih juga kepada semua peminat setia saya yang selama ini tidak putus-putus memberikan semangat serta menyokong kerjaya saya...hanya Allah yang dap

Dadah

Alhamdulillah Syukur , Selesai Seminar Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua hari disini..Terima Kasih atas kepercayaan dan penghargaan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan kerana melantik saya sebagai Jawatankuasa Pemulihan Dadah & diberi kepercayaan untuk berucap di Majlis ini...inshaAllah saya akan mengalas tanggungjawab dan kepercayaan ini sebaik mungkin.. Majlis penutup pada tengahari ini juga disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Tuan Masir Kujat merangkap Ahli Parlimen Sri Aman , Ybhg Dato' Suhaimi Abdullah Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan , Tuan Hj Izhar Abu Talib Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi) Agensi Anti Dadah Kebangsaan.. Sebagai Ahli JKPD saya memandang serious masalah dadah yang semakin membimbangkan ini terutama dikalangan belia yang pada peringkat umur 9 tahun telah pun menjadi penagih dadah...Mengikut statistik melalui AADK sejumlah 1.4 juta penagih diseluruh Negara direkod dan sebanyak 400