Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Salam Aidilfitri

Salam , Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya , saya harap anda semua dapat memaafkan saya sekiranya saya ada membuat salah dan silap yang sengaja mahupun yang tidak sengaja..... Dan yang paling pasti , jangan lupe untuk menyaksikan drama saya pada hari raya nanti iaitu TUTY POLKADOT pada 20 Ogos 2012 jam 10.30 pagi di TV1 dan drama Konangan pada 23 Ogos 2012 jam 10 malam di TV 2 , dua drama komedi yang pasti akan mencuit anda untuk bergelak ketawa pada hari raya nanti.... kepada anda yang ingin pulang berhari raya nanti berhati-hati dijalan raya....jangan ikut nafsu ketika memandu...sekiranya anda letih atau mengantuk berhentilah di kawasan rehat yang disediakan....kerana kampung halaman anda tidak akan kemana-mana....ingatlah orang yang anda sayang dan kepulangan anda pasti dinantikan dan bukan untuk ditangisi.... Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN daripada saya MOHD HAFIZ MOHD NAFIAH DAN KELUARGA....semoga hari raya ini

Salam Ramadhan

Salam semua , selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak daripada saya , saya harap anda semua dapat memaafkan saya sekiranya saya ada membuat salah dan silap yang sengaja mahupun yang tidak sengaja..... Dan yang paling pasti , jangan lupe untuk menyaksikan drama saya pada hari raya pertama iaitu TUTY POLKADOT sebuah drama komedi yang pasti akan mencuit anda untuk bergelak ketawa pada hari raya nanti.... Untuk pengetahuan anda saya baru selesai menjalani penggambaran drama opah 2012 dan dan drama raya tuty polkadot.....dan semalam saya baru selesai menjalani penggambaran iklan ramadhan....tengok la nanti pada bulan ramadhan ini ok..... Insyaallah pada 22 julai nie saya akan menjalani penggambaran sebuah telemovie yang bertajuk KONANGAN untuk hari raya nanti....jangan lupa saksikan drama komedi ini ya....sokongan anda amat saya hargai.... Sehingga bertemu lagi....selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang beragama islam di seluruh dunia.....

Red Apple Roselle

Khasiat dan kebaikan Red Apple Roselle : Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia. Khasiat herba Roselle : 1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya. 2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengela

Teh Misai Kucing Red Apple

Salam , alhamdulillah setelah sekian lama menanti akhirnya saya telah pun mengeluarkan produk saya sendiri iaitu TEH MISAI KUCING RED APPLE dan RED APPLE ROSELLE ia adalah produk minuman kesihatan yang terkenal sejak zaman dahulu lagi...banyak khasiah dan kebaikan yang ada pada kedua-duan pokok ini hingga boleh membantu kehidupan seharian kite....dan disini saya ada lampirkan serba sedikit tentang TEH MISAI KUCING RED APPLE INI : Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth. Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertenta

salam

Salam semua , terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana lama xj update blog saya disebab saya terlalu sibuk dgn jadual penggambaran drama bersiri makbul musim ke-2 , so sekarang ni ada sedikit kelapangan untuk saya menulis sedikit tentang kerjaya seni saya....saya baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri makbul musim kedua dan sekarang saya berada di langkawi atas urusan kerja...dan terbaru drama saya baru sahaja bersiaran di tv2 iaitu Metro Skuad , hujung bulan ni saya akan ke perak untuk kembali ke set penggambaran drama terbaru saya yang berjudul Opah 2012 disekitar perak...penggambaran ini di jangka akan bermula pada pertengahan bulan ini disekitar Kuala Lumpur dan Perak.... Dalam pada masa yang sama saya akan mengeluarkan produk kecantikan saya sendiri berasaskan apple stem sel...so kepada anda semua di luar sana jangan lupa untuk mendapatkan produk saya nanti....kepada anda yang berminat untuk menjadi pengedar dan juga stokis boleh ping saya kay ? Sekian terima kaRih s