Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

pertama kali....

Seronok dan teruja , itu la ungkapan yang terbit dalam hati apabila tiba di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu , Sabah tepat pada pukul 12.20 tengah malam dengan menaiki pesawat Malaysia Airline MH2626 737-400 dari KLIA pukul 9.50 malam . Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki di negeri dibawah bayu ni , setelah sekian lama berhajat untuk sampai di sabah akhirnya termakbul doa saya , syukur kehadrat Allah , sebaik tiba saya menaiki teksi terus menuju ke hotel penginapan di Le Meridian di pusat bandaraya , sebaik sampai dihotel kami berehat dan bersembang sehingga jam 4.30 pagi sebelum bangun semula pada pukul 10.00 pagi untuk sarapan pagi di lobby hotel .  selasai sarapan pagi , selapas habis urusan kerja kami , kami pun memulakan perjalanan untuk berkunjung ke Shopping Mall yang terbesar di Kota Kinabalu iaitu One Borneo , setelah lebih kurang 1 jam disana , kami terus pulang ke hotel semula unuk check out , setelah check out kami pergi ke pasar yang jual barangan cend

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mere

mac ini....

Salam semua , Rasukan Ablasa masih di pawagam lagi jadi kalau anda belum menonton filem ini cepat-cepat la pergi menonton ye !!  Bulan MAC ini terlalu busy sangat , kepada anda yang selalu menghantar email yang yang bertanyakan bila la hafiz nak berlakon drama kan ? haa bulan ni saya akan start shooting drama untuk slot samarinda dan 2 lagi drama untuk RTM , saya juga masih lagi dalam perbincangan untuk drama 100 episod....lepas nie boleh la tengok saya kat TV pulak ye ..... hehehe!!  4 Mac 2009  10.30 pagi - kunjung hormat ke pejabat Menteri Kementerian Kesenian , Perpaduan , Kebudayaan , dan Warisan Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Sri shafie Afdal .  12.30 tgh - live Wanita Hari Ini  3.30 ptg - Pelancaran Festival Filem Malaysia yang ke 22 di Kompleks Studio Merdeka (Finas) Ulu Klang .  shooting Suria Kasandra di pulau pangkor .  11 Mac 2009   8.00 mlm -  Tayangan promosi filem skrip 7707 di Dewan Sri Budiman , UiTM Shah Alam .  13 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009 - Kuala Medang d