Skip to main content

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mereka ada harimau liar , kalau mereka menternak kerbau boleh sebab kerbau ni jenis haiwan yang agak agresif dan bertindak balas pada musuh , 


Perjalanan dimulakan seawal jam 11 pagi dari Kuala Tahan dengan menaiki Toyota Land Cruiser (4x4) , perjalanan mengambil masa selama 4 jam melalui laluan balak , sepanjang laluan yang saya lalui tu semuanya tanah merah dan licin , sepanjangan perjalanan dapat la melihat flora dan fauna alam semula jadi yang sangat indah , nampak binatang liar dalam hutan yang sangat bahaya pun ada antaranya ular , babi hutan , gajah , burung pelbagai jenis , biawak dan macam-macam lagi la..... antara babak cemas yang menjadi sejarah perjalanan saya adalah mengharungi jalan yang berbukit , berbatu , tanah merah yang sangat licin , gaung disebelah kiri dan kanan , kalau salah teknik memandu pastinya saya dan sahabat saya akan menemui ajal , setelah 4 jam melalui perjalan yang penuh dengan debaran kami pun sampai ditempat yang ditujui iaitu Kg Sat dimana tempat untuk kami mengadakan persembahan pada malam tersebut (8-3-2009) ,

Setelah selesai persembahan pada pukul 10.30 malam , kami pun bertolak balik melalui jalan yang kami datang siang tadi , sebelum kami balik ada diantara penduduk tempatan yang menyarankan kami untuk tidak balik pada malam tersebut juga kerana risiko yang bakal kami lalui sangat bahaya , walau bagaimana pun kami terpaksa pulang malam tu juga sebab ingin mengejar flight ke kota kinabalu pada pukul 10 pagi pada keesokkan harinya , kami tetap dengan keputusan kami untuk pulang , diawal perjalanan kami , saya yang memandu , setelah lebih kurang 20 saya memandu hujan mula turun dengan lebatnya , sahabat saya dengan sepontannya berkata "hafiz berhenti di tempat lapang untuk tukar pemandu" , lantas saya pun berhenti la dan kami tukar pemandu disebabkan pengalaman saya dalam arena 4x4 offroad ni kurang dengan keadaan jalan yang memang licin , kurang 10 minit setelah tukar pemandu kenderaan kami diuji dengan menuruni bukit yang agak tinggi , dihadapan kami adalah gaung , huhh.....kenderaan kami menuruni bukit tersebut dengan cari ketam berjalan (senget) dalam keadaan gelap yang amat sangat dan hujan yang lebat , setelah selamat menuruni bukit tu kami sekali lagi diuji untuk mendaki bukit , tetapi nasib kami malang kali ini , kenderaan pacuan 4 roda kami tersangkut dalam lumpur , masa tu perjalanan baru sahaja 12 km , memang dah tak ada cara lain melainkan menggunakan cable bermotor yang terdapat pada kenderaan kami , dah la pokok jauh untuk mengikat cable tu , dalam keadaan hujan , driver kami turun dan diikuti oleh saya , sebaik saya turun sahaja saya jatuh disebabkan tanah lumpur yang licin sangat , hrmmm habis baju dan seluar saya kotor , pada mulanya saya seorang sahaja yang menarik cable tersebut untuk keluar tapi tak berjaya sebab cable tue berbelit , last sekali semua turun dan membantu untuk menarik cable tu keluar dan berjaya la tarik keluar , 

Setelah kenderaan kami berjaya keluar dari dalam lumpur tersebut , kami semua mengambil keputusan untuk tidur didalam kenderaan kerana keadaan jalan yang tidak mengizinkan kami untuk meneruskan perjalanan disebabkan hujan yang lebah dan jalan basah , ini memamg kerja gila , kami tidur dalam hutan belantara yang sangat gelap , jam menunjukkan pukul 12.20 pagi , terdetik dalam hati jangan la da benda yang tidak sepatutnya menggangu kami sepanjang kami tidor dalam hutan , keesokkan paginya seawal jam 8 pagi kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki 48 km lagi , alhamdulilah perjalan agak lancar walaupun ada juga dalam keadaan cemas dimana kenderaan kami hampir tersasar hingga nak melanggar bukit dan sebagainya kerana jalan pada pagi tu agak basah lagi disebabkan hujan malam tadi , setelah selamat sampai semula di Kuala Tahan kami menghantar sahabat kawan saya iaitu Prof Halim dan pinang (orang asli yang menemani kami sebagai pemandu pelancong dalam hutan) . akhirnya kami tertinggal kapal terbang untuk ke kota kinabalu pada jam 10 pagi , kami hanya ke sana pada sebelah petang (tukar time flight) . 

Moral dari apa yang saya dapat sepanjang perjalanan yang penuh dengan sejarah ini adalah dapat mengakrapkan lagi perhubungan persahabatan dan perhubungan antara diri kita sendiri dengan alam dan dapat mempelajari erti kehidupan yang sebenar , untuk pengetahuan anda memang tidak pernah mana-mana kumpulan 4x4 yang berjalan pada waktu malam dalam keadaan hujan lebat dengan sebuah sahaja kenderaan dan keadaan jalan yang dikategorikan sebagai hard kor , ini semua dah tercatat dalam sejarah hidup saya yang saya tidak dapat lupakan.......syukur pada ALLAH!! 

Comments

Anonymous said…
karangan yg bertajuk pengalaman saya...

cerita anda yg menarik..
ada pendahuluan, ada isi2 dan ada penutup.. bgus.. anda mendapat A+ 99% markah anda..

Popular posts from this blog

tiada bintang lagi.....

salam , ape khabar ? harap semua sihat .... saya baru je balik dari Perlis Indera Kayangan atas kehendak kerja dan tanggungjawab , event Green Rought Road Rally kali ini agak seronok gak la...kesemua peserta agak enjoy dan happy dengan tugasan yang diberikan , syabas buat pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak menang okayy !! tapi sebenarnya bukan pasal event saya ni yang saya nak cerita tapi benda lain , entah la semenjak dua menjak ini saya rasa macam berada di bumi Gaza pulakk ..... sentiasa berada dalam keadaan takut dan tak tenang dengan keadaan saya .... mmg dah jadi lumrah dalam hidup kita yang mana jalan yang kita lalui ini tak selalu lurus dan ada kalanya jalan tu bengkang bengkok dan kemanisan itu tak selalu kekal , ini adalah hakikat yang kita kena terima dalam hidup tapi ada kalanya hakikat ini amat perit dan tak boleh langsung untuk diterima..... aku pasrah dan berserah agar tuhan dapat tunjukkan aku jalan yang sebenar pada aku , mungkin ini dugaan yang tuhan be...

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja ...