Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Surat 'Lin Dan Kepada Dato Lee Chong Wei'

Hari ini admin baru terbaca satu artikel yang mengatakan satu surat terbuka oleh Lin Dan jaguh badminton daripada China kepada Dato Lee Chong Wei jaguh badminton daripada Malaysia yang menjadi viral baru-baru ini setelah tewas dalam perlawanan separuh akhir tempoh hari di Olimpik Rio 2016. Walau bagaimanapun, terdapat juga dakwaan yang mengatakan surat tersebut ditulis oleh peminat yang mengandaikan dirinya berada di tempat Lin Dan. Benar atau tidak surat tersebut karya asli Lin Dan, masih belum dapat dipastikan sehingga kini tetapi kami berikan kepada anda terjemahan  surat yang ditulis dalam Bahasa Cina itu. Memang ‘touching’ membacanya.. Kepada abangku Chong Wei, Kelmarin, bila aku nampak engkau membaling raketmu dan melompat ke udara sambil menjerit kegembiraan, aku betul-betul gembira untukmu. Kita berdua sudah kenal mengenali satu sama lain selama 16 tahun, sewaktu kita masih muda dan bertenaga. Waktu itu Taufik, Peter dan Gade yang jadi jaguh dan ketika itu kita berdua masih bel

Koh Tao Thailand

Alhamdulillah syukur, Kadang kala kita kerap dihidang dengan kontrik-kontrik ciptaan manusia namun jarang sekali kita cuba melihat dan bersyukur dengan kontrik-kontrik ciptaan Dia yang sesungguhnya tidak mampu dinilai dengan wang...Apa yang saya lihat adalah ketenangan, kebahagian, cinta dan kasih sayang yang Dia berikan, mungkin kamu juga bisa merasai apa yang saya rasai namun ia tetap berbeza... Terima kasih atas nikmat alam yang berikan kepada kita tanpa mengira warna kulit...Perhentian ke 5 ini sangat bermakna dan sungguh mengujakan saya menjadi lebih matang dan berfikiran jauh..Hari ini saya terus melangkah kenperhentian seterusnya..Tangan kanan memberi, tangan kiri sembunyi... Hafiz Nafiah Official Hafiz Nafiah #HafizNafiahInThailand #TravelWithMission #Backpack #backpackers #LoneRanger #life #Island #KohTao #Thailand #Amazing #NSMW 

KARNIVAL HIMPUNAN EKONOMI MELAYU 2016

Jom ramai-ramai ke KARNIVAL HIMPUNAN EKONOMI MELAYU 2016 pada 16 & 17 April 2016 di STAR AVENUE LIFESTYLE MALL SUBANG BISTARI...Pelbagai aktiviti menarik serta jualan daripada usahawan-usahawan melayu pada harga berpatutan juga tidak ketinggalan persembahan daripada BUSKERS dan ARTIS TEMPATAN...Bawa keluarga anda bersama-sama...JUMPA DISANA..!!!