Skip to main content

Saya pelajar..!!

Alhamdulillah syukur , Hari ini saya menerima  surat tawaran untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam jurusan Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia , Syukur kepada Allah kerana ini adalah salah satu impian saya & hari ini juga secara rasmi saya bergelar pelajar di UUM , semoga ini satu permulaan untuk tahun baru Maal Hijrah 1437 untuk saya...Semoga industri hiburan tanah air akan mempunyai ramai lagi penggiat seni yang berpelajaran dan mampu memberikan sumbangan kearah pembanggunan industri seni tanah air khususnya didalam akademik...

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia serta sahabat-sahabat yang banyak membantu untuk merialisasikan impian saya...InshaAllah saya akan melalukan yang terbaik untuk diri saya dan industri hiburan tanah air...Terima kasih juga kepada semua peminat setia saya yang selama ini tidak putus-putus memberikan semangat serta menyokong kerjaya saya...hanya Allah yang dapat membalas segala jasa anda...
#HafizNafiahPelajar #uum #kl #Sintok #Kedah #Seniman #student #life #artist

Comments

Popular posts from this blog

DUNIA BARU MUSIM KE 3 - COMING SOON !!

hye , terima kasih pada semua yang menyokong drama bersiri dunia baru .......jangan lupe tunggu filem dunia baru the movie dan dunia baru musim ke 3 ok ....... insyaallah dalam bulan june nie kitaorang start shooting dunia baru musim ke 3 .... cerita yang lebih menarik berbeza dengan filem dunia baru .....filem lagi best ....filem dunia baru akan berada dipawagam pada 23 ogos nie , jadi ramai-ramai la datang menyerbu pawagam ok ? kat bawah nie ada sinopsis filem dunia baru dan gambar dan alamat web site dunia baru the movie....hope u guy's enjoy !! Apabila Anizah sepatutnye melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Nanotechnology , diculik oleh bekas teman lelakinye Fazley lakonan Hafiz Nafiah , beliau meninggalkan pesanan dalam nota yang beliau dipaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan yang beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley . Disebabkan nota tersebut ,Opie(Elyana) , Tajul(Wan Ellias) , Adif(Pierre Andre) , Madihah(Ann) , Suzanna(Alm

DuNiA BArU ThE MOvIe

1) Gambar semasa trekking dalam kereta dunia baru the movie !! 2) Gambar baru lepas buat rambut untuk dunia baru the movie !! ok tak ? 3) Gambar semasa skrip reading dunia baru the movie !! coming soon 2007 !! www.duniabaruthemovie.com

PEngALamAn KU.....

Nie saya nak cerita pasal diri saya dan pengalaman saya dalam industri perfileman malaysia , macam mana saya boleh masuk dalam industri nie ? Hahaa , mula-mula dulu sekadar main-main je sbb cita-cita saya nak buat benda lain ...secara kebetulan kawan saya ajak pegi casting tetiba orang tue suruh saya casting and dapat but sebelum tue saya keje ngan kumpulan rabbani sebagai pr , photographer dan marketing dan dari situ juga saya dapat kenal dengan ramai orang dalam indus tri nie , selepas saya berhenti dari rabbani saya buat freelance jap ngan KRU sebagai pr kumpulan x factor , selepas beberapa bulan saya pun berhenti dan terus berkerja sebagai krew filem dibawah arahan Prof.Madya A Razak Mohaideen dalam pada masa yang sama saya juga belakon dan memegang watak yang kecil je , dari situ saya dapat pengalaman , selepas beberapa filem saya jadi krew saya pun terus focus pada bidang lakonan dan sehingga hari nie saya dah belakon sebanyak 15 filem antaranya adalah filem potret mistik , tang