Skip to main content

Alhamdulillah....syukurr!!

Salam dan selamat pagi u allz.....sebenarnya baru lepas baca blog azwan ali yang meletop tue ..... panas jadinya pepagi nie , ape pun selamat hari jadi buat azwan ali yang ke 43 , 

Sebenarnya nak cerita pasal azam tahun baru yang baru sahaja saya capai , nie azam yang kedua saya capai dalam tempoh 2 bulan dalam tahun 2009 nie , walaupunnnnn diuji dengan banyak dugaan dan cabaran sebagai hambaNYA dan dugaan sebagai anak seni tapi tetap dia beri apa yang kita azam , syukur alhamdulilah.... untuk pengetahuan semua saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem pendek yang berjudul "LILIN dan PASARAYA" pada 13 Feb 2009 yang lepas , ia adalah dibawah arahan saya sendiri , haa itu la antara azam tahun nie yang tercapai , nak jadi pengarah dan penerbit , walaupun dibawah syarikat sendiri dan ini adalah produksi kecil tapi ini adalah azam aku , sekali lagi syukur alhamdulilah..... sepanjang penggambaran dijalankan tiada sebarang masalah yang timbul cuma saya agak stress dan takut kalau-kalau ada ape-ape yang diluar dugaan yang berlaku kan ...... lokasi penggambaran adalah di pasaraya dan sebuah rumah kampung di sekitar puncak perdana , cantik rumah tu dan terima kasih la pada tuan rumah tue ye yang sangat sporting sangat ...... so sekarang nie dalam proses post produksi untuk menyiapkan suntingan filem pendek ini , rasa tak sabar pulak nak tengok apabila siap nanti .... so hasilnya nanti akan dihantar ke festival filem antarabangsa antaranya adalah Pusan film festival , Cannes film fest , Bangkok film fest , Academy award dan banyak lagi la.....tapi niat asal untuk terbitkan filem pendek ini pun bukan untuk hantar ke filem festival sebenarnya tapi hanyalah untuk profile diri dan syarikat so kawan-kawan cakap alang-alang dah ada so ape salahnya hantar jek , tak salah kalau kita mencuba ..... ape pun memang happy la coz baru je masuk tahun baru nie dah dapat capai 2 azam tahun baru , syabas untuk saya , untuk ini saya akan membuat yang terbaik lagi untuk akan datang , perkembangan terbaru saya sekarang nie sedang demam , letih sangat dengan tuntutan kerjaya saya yang kehulu dan kehilir ni samapai titun dan mamam pun miss selalu , huh susah gak kalau terlalu komited nie , perkembangan yang lain saya adalah dalam usaha nak siap kan lagu yang pertama ciptaan  saya tue yang masih belum tahu lagi bila nak siap , saya ada beberapa meeting yang penting dan perlu saya hadiri untuk membincangkan beberapa projek besar dan kecil untuk akan datang bagi syarikat saya , kesibukan promosi filem terbaru saya iaitu RASUKAN ABLASA yang akan masuk pawagan pada 26 FEB 2009 ini  , so korang jangan la lupa nak tengok ek.......      

Comments

Yatie said…
hye awakkkkk!!! peace.. cenyum cikitt!! hehehe... tahniah awak!! tercapainyer azam awak tahun ni.. azam saya jer blum lagi sempat nak tercapai... hm.. oo shooting tak ajak erk?? hehehe.. sowy tak dapat gi kat set awak arie tu.. saya ada klas.. next time k?? anyaway.. heppy tgk awak pun heppy.. demam yerk?? pi la mamam ubat..k?? take care ya!!

Popular posts from this blog

tiada bintang lagi.....

salam , ape khabar ? harap semua sihat .... saya baru je balik dari Perlis Indera Kayangan atas kehendak kerja dan tanggungjawab , event Green Rought Road Rally kali ini agak seronok gak la...kesemua peserta agak enjoy dan happy dengan tugasan yang diberikan , syabas buat pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak menang okayy !! tapi sebenarnya bukan pasal event saya ni yang saya nak cerita tapi benda lain , entah la semenjak dua menjak ini saya rasa macam berada di bumi Gaza pulakk ..... sentiasa berada dalam keadaan takut dan tak tenang dengan keadaan saya .... mmg dah jadi lumrah dalam hidup kita yang mana jalan yang kita lalui ini tak selalu lurus dan ada kalanya jalan tu bengkang bengkok dan kemanisan itu tak selalu kekal , ini adalah hakikat yang kita kena terima dalam hidup tapi ada kalanya hakikat ini amat perit dan tak boleh langsung untuk diterima..... aku pasrah dan berserah agar tuhan dapat tunjukkan aku jalan yang sebenar pada aku , mungkin ini dugaan yang tuhan be...

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja ...

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mere...