Skip to main content

pergi tak kembali......

Salam bertemu kembali.....pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur kepada ALLAH kerana masih memberi ruang untuk saya bernafas dan terus hidup dimuka buminya.....
mudah-mudahan saya diberkati atas tuduhan dan salah anggap orang pada saya , eh-eh da kemana nie ? salah story la pulak....

Sebenarnya saya ingin menggucapkan takziah kepada keluarga ASRI IBRAHIM dari kumpulam RABBANI yang telah pergi menemui penciptanya diusia 40 tahun pada 13 ogos 2009 iaitu dibulan yang cukup indah bagi pengiraan islam bulan syaaban.... beliau rebah ketika menanti giliran untuk membuat latihan bagi pelancaraan sebuah program dokumentari musim baru di RTM , pada saat kejadian ustaz Asri rebah lebih kurang jam 10.30 pagi hanya rakan sekumpulan bersama beliau , 15 minit kemudian ustaz Asri dikejarkan ke hospital pantai , setiba di hospital selepas doktor membuat pemeriksaan , ustaz Asri disahkan meninggal dunia......

Sukar untuk saya terima hakikat ini , tetapi ini adalah kuasa tuhan yang tidak mampu kita sebagai umatnya untuk menghalang , sehingga hari ini masih segar gurauan ustaz Asri dalam ingatan saya , seorang yang baik dari segi akhlak , beriman , ceria , hormat pada semua orang , bertanggungjawab , berbudi bahasa , tegas , sopan santun , kelakar , pandai , ini antara ciri-ciri yang ada pada ustaz Asri , 2 tahun lebih berkhidmat bersama rabbani adalah kenangan yang paling sukar dilupakan kerana mereka semua banyak menggajar saya tentang agama dan mendidik saya menjadi orang dan sentiasa ingat pada Allah.....rabbani juga banyak mengubah diri saya dari segi rohani.....

Keakraban dengan mereka tidak mungkin pudar sampai hujung nyawa saya....mereka adalah rujukan saya dalam bidang agama , pergi tak kembali , pergi mengadap pencipta adalah perkara yang pasti bagi semua benda yang bernyawa , kehilangan Asri Ibrahim adalah kehilangan yang paling besar dalam hidup saya dan juga seluruh kaum keluarga terutama isteri dan anak-anak beliau dan juga peminat yang sangat menyayangi beliau tetapi apakan daya Allah lebih menyayangi insan yang bernama Asri Ibrahim.......

Jam 2 petang , jenazah Asri Ibrahim dibawa keluar dari bilik mayat pusat perubatan pantai setelah dimandikan dan dikafankan disitu seterusnya menaiki kereta jenazah Polis Diraja Malaysia (masjid Bukit Aman) untuk kerumah ibu arwah di bukit lanchung seksyen 28 shah alam , setiba dirumah ibu arwah , kelihatan ramai sahabat dan kaum keluarga telah menunggu dihadapan rumah bagi menyambut jenazah pulang........

Ramai sahabat dan rakan taulan termasuk kaum keluarga dari pelbagai sudut datang silih berganti untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah , seperti Amy Search , Nash , Nassir Wahab , kumpulan InTeam , Che Am Raihan , Kumpulan Durrani , Ustaz Akhil , Bienda , Ramli MS , Zubir B.Harian , Akma H.Metro , Adam Saleh H.Metro , Gua.com , Melodi , Utusan Malaysia , Berita Harian , TV3 , Astro , RTM , TV9 , Ustaz Amal , Ustaz Dini , Yassin , Farihin dan ramai lagi.....

Bagi pihak arwah dan keluarga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua untuk hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah......

Lebih kurang jam 7.30 malam , setelah selesai sembahyang maghrib dan sembahyang jenazah selesai , jenazah dibawa keluar dari rumah terus menuju ke tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam untuk disemadikan , kira-kira 50 buah kenderaan mengiringi kereta jenazah ke tanah perkuburan , suasana tenang dan sayu ketika talkin dibacakan , segala perjalanan pengkebumian berjalan dengan lancar , alhamdulillah syukur......lebih kurang jam 10 malam segalanya selesai.....

Harapan saya agar anda yang membaca entri ini akan menyedekahkan seberapa banyak al-fatihah kepada arwah , semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan berada didalam syurga ALLAH......amin....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." - Asri Ibrahim , Rabbani-

www.rabbani.com.my
www.asrirabbani.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

tiada bintang lagi.....

salam , ape khabar ? harap semua sihat .... saya baru je balik dari Perlis Indera Kayangan atas kehendak kerja dan tanggungjawab , event Green Rought Road Rally kali ini agak seronok gak la...kesemua peserta agak enjoy dan happy dengan tugasan yang diberikan , syabas buat pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak menang okayy !! tapi sebenarnya bukan pasal event saya ni yang saya nak cerita tapi benda lain , entah la semenjak dua menjak ini saya rasa macam berada di bumi Gaza pulakk ..... sentiasa berada dalam keadaan takut dan tak tenang dengan keadaan saya .... mmg dah jadi lumrah dalam hidup kita yang mana jalan yang kita lalui ini tak selalu lurus dan ada kalanya jalan tu bengkang bengkok dan kemanisan itu tak selalu kekal , ini adalah hakikat yang kita kena terima dalam hidup tapi ada kalanya hakikat ini amat perit dan tak boleh langsung untuk diterima..... aku pasrah dan berserah agar tuhan dapat tunjukkan aku jalan yang sebenar pada aku , mungkin ini dugaan yang tuhan be...

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja ...

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mere...