Skip to main content

salam 1 MALAYSIA...

Selamat bertemu kembali , terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog saya nie , disebabkan saya terlalu busy dengan kerja dan kerjaya nie tu yang tak sempat nak update....hehehehe!!

Untuk pengetahuan semua saya dah lebih kurang 2 bulan berada di pulau Langkawi untuk menguruskan kerja dan kerjaya saya....hehehe!! pengalaman duk disini memang indah dan seronok sangat , hari-hari bangun makan cokelat dan nampak laut, ermmm jadi tenang dan kurang stress dari duk dikota , maklum la cokelat kat sini murah sangat , so breakfast macam mat saleh la....hahahahahaha!! saya dah ramai kawan kat sini semuanya banyak membantu terutama dari segi business dan kerja saya sebagai seorang anak seni....tujuan utama saya berada disini adalah untuk membesarkan empayar saya disini , kira strategi baru la.....pegi satu kawasan dan besarkan empayar dan cari tempat lain....hahaha!!

Sesiapa yang rasa nak datang langkawi boleh la hubungi saya okay , kat sini dah jadi macam tempat sendir bagi saya , saya sayang sangat dengan pulau Langkawi yang dibangun oleh peminpin yang paling saya hormati dan kagumi iaitu Tun Dr Mahatdir Mohamad....pulau Langkawi ni banyak menyimpan sejarah yang sungguh unik dan lain dari yang lain....

Yang untungnya saya kat sini adalah sebab berpeluang menjalani latihan pasukan keselamatan negara iaitu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia zon Langkawi , dalam latihan bersama dengan TM dan agensi swasta dan syarikat swasta ni saya dapat menimba pengalaman yang sangat berharga dan tak dapat dimiliki oleh orang lain dengan semudah itu , banyak aktiviti latihan yang dijalankan adalah merbahaya dan disebabkan saya nie jenis yang lasak jadi saya lulus la nak join dorang nie.....hahahaha!! kalau berkesempatan saya akan upload gambar kat sini yea.....xmo...xmo...xmo...hahahahaha!!

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi masa tak mengizinkan saya untuk mengadap laptop nie lama-lama coz ada tanggungjawab lain nak selesaikan lagi nie...so nanti saya akan update lagi story lagi okay....

Semoga bertemu kembali yea.....

bubbyeeeeeee.........

Comments

Popular posts from this blog

tiada bintang lagi.....

salam , ape khabar ? harap semua sihat .... saya baru je balik dari Perlis Indera Kayangan atas kehendak kerja dan tanggungjawab , event Green Rought Road Rally kali ini agak seronok gak la...kesemua peserta agak enjoy dan happy dengan tugasan yang diberikan , syabas buat pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak menang okayy !! tapi sebenarnya bukan pasal event saya ni yang saya nak cerita tapi benda lain , entah la semenjak dua menjak ini saya rasa macam berada di bumi Gaza pulakk ..... sentiasa berada dalam keadaan takut dan tak tenang dengan keadaan saya .... mmg dah jadi lumrah dalam hidup kita yang mana jalan yang kita lalui ini tak selalu lurus dan ada kalanya jalan tu bengkang bengkok dan kemanisan itu tak selalu kekal , ini adalah hakikat yang kita kena terima dalam hidup tapi ada kalanya hakikat ini amat perit dan tak boleh langsung untuk diterima..... aku pasrah dan berserah agar tuhan dapat tunjukkan aku jalan yang sebenar pada aku , mungkin ini dugaan yang tuhan be...

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja ...

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mere...