Skip to main content

SEJARAH NEGARA PALESTINE


MASJID AL-AQSA

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. 
(QS. Al-Isra ayat 1) 

Ayat di atas adalah bukti kesucian Masjid Al-Aqsa dan Jerusalem, kota tempat mesjid itu didirikan sebagai tempat yang disucikan bagi umat Islam sedunia, sebagaimana Mekah yang disucikan karena terdapat Baitullah atau Kabah di dalamnya. Selain itu dari Mesjid Al-Aqsa inilah Rasulullah Saw bermiraj menghadap Allah Swt untuk menerima perintah shalat, dan kemudian dijadikan arah tujuan shalat (kiblat) pertama sebelum kemudian dialihkan ke Kabah di Mekah berdasarkan perintah Allah pada surat Al-Baqarah ayat 144. Sebagai kota suci bagi umat Islam, kota Jerusalem beserta mesjid Al-Aqsa-nya telah dinodai oleh kejahatan Israel yang bermaksud menguasai dan menghancurkannya, dan mendirikan tempat ibadah mereka di atas reruntuhannya, meskipun keyakinan tradisional mereka melarang untuk beribadah di wilayah itu. Kesucian Mesjid Al-Aqsa bukan hanya karena pernah dijadikan arah kiblat pertama dan tempat ibadah bagi kaum Muslimin, tapi ia merupakan simbol harga diri umat Islam di mata dunia. Sudah selayaknya kaum Muslimin seluruh dunia membela kesuciannya, dengan mempertahankan keberadaannya. 

Berikut ini sejarah kota Yerusalem dan Mesjid Al-Aqsa yang berada di dalamnya. 

Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan ‘Tanah Yang Dijanjikan Tuhan’ kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian). 

Sejarah Awal 

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut. Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah. Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia. Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin. 

Kedatangan Islam 

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah. Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja. Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan ‘fatwa’ mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula 

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis. 

Perang Dunia Pertama 

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat. Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam. Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Insyaallah saya akan update lagi cerita berkenaan sejarah Negara Palestine ini.... 

Comments

Popular posts from this blog

tiada bintang lagi.....

salam , ape khabar ? harap semua sihat .... saya baru je balik dari Perlis Indera Kayangan atas kehendak kerja dan tanggungjawab , event Green Rought Road Rally kali ini agak seronok gak la...kesemua peserta agak enjoy dan happy dengan tugasan yang diberikan , syabas buat pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak menang okayy !! tapi sebenarnya bukan pasal event saya ni yang saya nak cerita tapi benda lain , entah la semenjak dua menjak ini saya rasa macam berada di bumi Gaza pulakk ..... sentiasa berada dalam keadaan takut dan tak tenang dengan keadaan saya .... mmg dah jadi lumrah dalam hidup kita yang mana jalan yang kita lalui ini tak selalu lurus dan ada kalanya jalan tu bengkang bengkok dan kemanisan itu tak selalu kekal , ini adalah hakikat yang kita kena terima dalam hidup tapi ada kalanya hakikat ini amat perit dan tak boleh langsung untuk diterima..... aku pasrah dan berserah agar tuhan dapat tunjukkan aku jalan yang sebenar pada aku , mungkin ini dugaan yang tuhan be...

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja ...

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mere...