Skip to main content

MEMUKAT IKAN....

Salam , apa khabar semua....?? harap semua sihat disamping orang tersayang....sebenarnya bila sebut pasal orang tersayang nie saya sikit tersentuh sebab dah lama tak jumpa dengan family tercinta....rindu sangat dengan dorang....mudah-mudahan dorang sihat hendaknya...

sebenarnya saya nak bercerita pasal memukat ikan nie....malam nie kalau jadi saya akan turun ke laut lagi untuk kali yang ke-tiga...rezeki malam nie tak tahu lagi la....apa yang pasti kita happy melakukan ape yang kita suka...ermmm memang best pun tangkap ikan nie banyak cabaran dan dugaan yang kita harus hadapi dan disebabkan itu juga kita berlajar sesuatu yang baru dalam hidup kita.....

hari pertama saya pegi ke laut , saya dapat banyak ikan dan ketam....fresh tuuu!!! dapat terus bakar dan makan...memang nikmatnya tak dapat digambarkan la...udang pun ada tapi tak banyak....tiga kali je letak pukat dah dapat banyak gile....sampai penuh satu bakul ikan....hahahahaaa....

malam nie pulak tak tahu la berapa banyak nak dapat ikan....semalam sampai 7 kilo ikan dan ketam kitaorang dapat....bayangkan pelbagai jenis ikan sekali tarik pukat....semalam dapat seekor ikan sebelah....sejarah ikan sebelah nie korang tahu tak ? menurut sejarah islam , ikan ini dimakan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W , tapi nabi makan sebelah je...lepas tu nabi lepaskan balik dalam laut dan dengan izin tuhan ikan ini hidup semula dan dari situlah dapat nama ikan sebelah....

sungguh hebat ciptaan allah...apa pun sebagai manusia , sejahat mana kita sekalipun kita mesti ingat allah....dan sebelum saya terlupa saya ingin mengucapkan salam takziah pada keluarga arwah achik spin yang meninggal dunia semalam akibat kemalangan jalanraya di lebuhraya lekas berhampiran beranang...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh....ya allah ampunkanlah segala dosa sahabat aku achik dan KAU tempatkanlah rohnya dikalangan orang-orang yang beriman....amin....

saya stop dulu entri untuk kali ini....insyaallah kalau ada masa kita berjumpa lagi...occayyyy?? take care dan jadi diri uoolllsss ya.....

Comments

Popular posts from this blog

tiada bintang lagi.....

salam , ape khabar ? harap semua sihat .... saya baru je balik dari Perlis Indera Kayangan atas kehendak kerja dan tanggungjawab , event Green Rought Road Rally kali ini agak seronok gak la...kesemua peserta agak enjoy dan happy dengan tugasan yang diberikan , syabas buat pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak menang okayy !! tapi sebenarnya bukan pasal event saya ni yang saya nak cerita tapi benda lain , entah la semenjak dua menjak ini saya rasa macam berada di bumi Gaza pulakk ..... sentiasa berada dalam keadaan takut dan tak tenang dengan keadaan saya .... mmg dah jadi lumrah dalam hidup kita yang mana jalan yang kita lalui ini tak selalu lurus dan ada kalanya jalan tu bengkang bengkok dan kemanisan itu tak selalu kekal , ini adalah hakikat yang kita kena terima dalam hidup tapi ada kalanya hakikat ini amat perit dan tak boleh langsung untuk diterima..... aku pasrah dan berserah agar tuhan dapat tunjukkan aku jalan yang sebenar pada aku , mungkin ini dugaan yang tuhan be...

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja ...

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mere...