Skip to main content

dunia baru ku !!

Salam dan selamat pagi , lama gak la tak post entri baru kat blog nie , al maklum la kan dengan kesibukan yang melanda bak tsunami nie.... apa pun alhamdulillah kerana saya masih bernafas lagi di bumi allah ini , 

ape yang dunia baru nye nie ? 

ha... saya nak cerita nie tapi nak start dari mana ek ? ermm memana lah ye .... sebenarnya saya telah menandatangani kontrak dengan PRIMEWORKS STUDIOS Sdn Bhd iaitu anak syarikat Media Prima Berhad sebagai artis dibawah naungan mereka yang dijaga oleh 8 UNIT , anyway terima kasih yang tak terhingga kepada semua staff 8 Unit dan Primeworks Studios yang sudi terima saya , itu la dunia baru saya dalam industri yang saya ceburi nie , 

Menjelang bulan April nie saya akan sibuk di lokasi penggambaran drama 13 episod yang diberi judul arca dan atok , penggambaran akan dijalankan disekitar kuala pilah , Negeri Sembilan selama sebulan dan di Kuala Lumpur lebih kurang 10 hari..... nampak gayanya saya mungkin akan dapat calon seterusnya di kuala pilah la kot ????? hahahahaha...... masak lomak cili api jang ........ dalam drama yang akan ditayangkan di TV2 nie saya memegang watak utama iaitu joe seorang penagih dadah yang datangnya dari kuala lumpur yang boleh dikatakan dari keturunan orang berada gak la ..... kalau nak tahu cerita selanjutnya kena la tungggguuuuuu okayyyy? 

Ape pun , terima kasih la kat korang yang menjadi pengikut setia blog saya nie ek ? terima kasih sekali lagi pada seluruh warga kerja 8 Unit dan Primeworks Studios........... 

Comments

Yatie said…
hye awk...first skali nak ucapkan tahniah la... kat awak... saya sebagai kawan awak tumpang gembira diatas segala kejayaan awak yang dah awak capai... :)
hmmm nanti dah meletop2 jgn lper kengkawan plak yer.. yer lah saper lah saya ni nak berkawan dengan artis mcm awak.. hahaha... anyway.. wah.. siap ada niat lagi tu nak cari calon seterusnya?? all the best ya dude!! taking care ya!!
:)
hafiz said…
habis tu nak wat mcm mana yati .... binga bukan sekuntum ..... hakhakhakahakkk!!! opsss terlebih sudah!!

Popular posts from this blog

tiada bintang lagi.....

salam , ape khabar ? harap semua sihat .... saya baru je balik dari Perlis Indera Kayangan atas kehendak kerja dan tanggungjawab , event Green Rought Road Rally kali ini agak seronok gak la...kesemua peserta agak enjoy dan happy dengan tugasan yang diberikan , syabas buat pemenang dan jangan putus asa kepada yang tidak menang okayy !! tapi sebenarnya bukan pasal event saya ni yang saya nak cerita tapi benda lain , entah la semenjak dua menjak ini saya rasa macam berada di bumi Gaza pulakk ..... sentiasa berada dalam keadaan takut dan tak tenang dengan keadaan saya .... mmg dah jadi lumrah dalam hidup kita yang mana jalan yang kita lalui ini tak selalu lurus dan ada kalanya jalan tu bengkang bengkok dan kemanisan itu tak selalu kekal , ini adalah hakikat yang kita kena terima dalam hidup tapi ada kalanya hakikat ini amat perit dan tak boleh langsung untuk diterima..... aku pasrah dan berserah agar tuhan dapat tunjukkan aku jalan yang sebenar pada aku , mungkin ini dugaan yang tuhan be...

February ini....

Bulan February ini agak busy gak la dengan kerjaya dan kerja yang banyak jugak..... aku berharap agar aku dapat melaksanakan dengan baik dan dapat memuaskan hati semua pihak ........ 4 Feb 2009 11 pagi - fotoshoot dengan Berita Harian , studio NSTP Bangsar . 5 Feb 2009 1 ptg - fotoshoot dengan Kumpulan karangkraf , Studio karangkraf Shah Alam . 6 Feb 2009 2 ptg - fotoshoot Kumpulan Utusan , Studio Utusan Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . 10 Feb 2009 10.30 pagi - Rakaman program Filem D 9 (TV9) , pawagam TGV Kepong . 4.00 ptg - Rakaman Majalah 3 dan Misteri Nusantara (TV3) , Sri Pentas , Damansara . 17 Feb 2009 1.00 ptg - Tayangan Perdana dan sidang media Filem Rasukan Ablasa , Cathay Cineleisure damansara 21 Feb 2009 2.00 ptg - Mydin USJ , Subang Jaya . 4.00 ptg - Kompleks PKNS , Shah Alam . 22 Feb 2009 9.30 pagi - Nasi Lemak Kopi O - live (TV9) , Sri Pentas Damansara . 2.00 ptg - Terminal One Seremban , Seremban Negeri Sembilan . 23 Feb 2009 9.00 pagi - Ape-Ape Aja ...

sejarah tercipta.....

Salam Sejahtera semua , saya baru sahaja pulang dari Taman Negara , Pahang .... ini adalah pengalaman saya yang pertama sampai di taman negara dimana taman ini adalah taman yang tertua didunia , usia taman negara adalah 150 juta tahun , ini mengikut kajian yang dibuat oleh pakar geologi dan sains dimana mereka mengambil antara contoh tanah dan pokok yang terdapat di taman negara Pahang disini saya bukan nak bercerita tentang taman negara tapi pengalaman saya untuk sampai di sebuah perkampuangan kecil yang berdekatan dengan taman negara yang diberi nama KG SAT , dimana Kg Sat ini terletak sejauh 60 km kedalam hutan yang sangat tebal dari Kuala Tahan , jumlah penduduk di Kg Sat lebih kurang dalam 700 orang sahaja , sumber pendapatan utama mereka adalah dari sektor pertanian dan yang lain-lain adalah seperti menangkap ikan , berniaga kecil-kecilan menternak kerbau bukan lembu dan lain-lain , kenapa mereka tidak menternak lembu atau rusa ? ha sebabnya memang tak boleh kerana dikawasan mere...