Skip to main content

Majlis Pelancaran Rakan Kembara Malaysia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar ketika majlis pelancaran Rakan Kembara Malaysia yang disempurnakan oleh YB Dato' Sri Shabery Cheek , (Rakan Ekslusif RKM) Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia pagi tadi di KL Sentral...Disamping itu , turut serta dalam majlis yang penuh serderhana ini ialah YB Dato' Ir Nawawi Ahmad Pengerusi KTMB merangkap Ahli Parlimen Langkawi (Rakan Korporat RKM) , YB Dato' Mas Ermieyati Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia (Rakan Politik RKM) , Yang Berbahagia Tuan Mohammad Maliki Mohd Rapiee Presiden Majlis Belia Malaysia (Rakan NGO RKM) .


Rakan Kembara Malaysia baru sahaja ditubuhkan pada 24 September 2014 dan diketuai oleh Puan Wan Salwati Abdullah dan Rakan Kembara Malaysia juga pada hari ini akan mengadakan mesyuarat agong yang pertama didalam gerabak persidangan yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad menuju ke Hatyai Thailand...

Rakan Kembara Malaysia juga akan menjalankan aktiviti CSR di Songkla Thailand bagi membantu 50 keluarga yang kurang bernasib baik , selaras dengan ucapan pelancaran YB Menteri , beliau mahukan kelainan daripada peertubuhan lain dan beliau memberikan idea supaya bukan sahaja menggembara malah Rakan Kembara Malaysia juga boleh menwujudkan content untuk divisualkan kepada pelbagai medium yang ada dan pihak Kementerian sedia membantu...katanya"...

Saya selaku Timbalan YDP Putrajaya berbesar hati kerana dapat bersama-sama dalam keluarga Rakan Kembara Malaysia kerana saya juga adalah penggembara dan saya ingin berterima kasih kepada Rakan Kembara Malaysia kerana memberi peluang untuk saya menjadi pengacara majlis untuk pelancaran Rakan Kembara Malaysia...Semoga segala usaha dan penat lelah ini terbalas dengan kejayaan yang bakal dikecapi kelak....

Assalammualaikum....

Hafiz Nafiah 
Timbalan YDP Putrajaya RKM

Comments

Popular posts from this blog

DuNiA BArU ThE MOvIe

1) Gambar semasa trekking dalam kereta dunia baru the movie !! 2) Gambar baru lepas buat rambut untuk dunia baru the movie !! ok tak ? 3) Gambar semasa skrip reading dunia baru the movie !! coming soon 2007 !! www.duniabaruthemovie.com

PEngALamAn KU.....

Nie saya nak cerita pasal diri saya dan pengalaman saya dalam industri perfileman malaysia , macam mana saya boleh masuk dalam industri nie ? Hahaa , mula-mula dulu sekadar main-main je sbb cita-cita saya nak buat benda lain ...secara kebetulan kawan saya ajak pegi casting tetiba orang tue suruh saya casting and dapat but sebelum tue saya keje ngan kumpulan rabbani sebagai pr , photographer dan marketing dan dari situ juga saya dapat kenal dengan ramai orang dalam indus tri nie , selepas saya berhenti dari rabbani saya buat freelance jap ngan KRU sebagai pr kumpulan x factor , selepas beberapa bulan saya pun berhenti dan terus berkerja sebagai krew filem dibawah arahan Prof.Madya A Razak Mohaideen dalam pada masa yang sama saya juga belakon dan memegang watak yang kecil je , dari situ saya dapat pengalaman , selepas beberapa filem saya jadi krew saya pun terus focus pada bidang lakonan dan sehingga hari nie saya dah belakon sebanyak 15 filem antaranya adalah filem potret mistik , tang...

DUNIA BARU MUSIM KE 3 - COMING SOON !!

hye , terima kasih pada semua yang menyokong drama bersiri dunia baru .......jangan lupe tunggu filem dunia baru the movie dan dunia baru musim ke 3 ok ....... insyaallah dalam bulan june nie kitaorang start shooting dunia baru musim ke 3 .... cerita yang lebih menarik berbeza dengan filem dunia baru .....filem lagi best ....filem dunia baru akan berada dipawagam pada 23 ogos nie , jadi ramai-ramai la datang menyerbu pawagam ok ? kat bawah nie ada sinopsis filem dunia baru dan gambar dan alamat web site dunia baru the movie....hope u guy's enjoy !! Apabila Anizah sepatutnye melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Nanotechnology , diculik oleh bekas teman lelakinye Fazley lakonan Hafiz Nafiah , beliau meninggalkan pesanan dalam nota yang beliau dipaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan yang beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley . Disebabkan nota tersebut ,Opie(Elyana) , Tajul(Wan Ellias) , Adif(Pierre Andre) , Madihah(Ann) , Suzanna(Alm...