Isu "Gelandangan" , Jangan Perlekeh Kerajaan..
Kuala Lumpur 8 Julai 2014 , Setelah memahami perkara sebenar barulah saya ingin menaikkan status berkenaan "Gelandangan" apa yang saya teliti anjung singgah di Jalan Hang Lekiu telah beroperasi sejak tahun 2011 lagi...jadi ia bukan satu isu baru dan kerajaan dibawah Kementerian Pembanggunan Wanita , Keluarga Dan Masyarakat serta agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat , Jabatan Tenaga Kerja dan dibantu oleh Yayasan Kebajikan Negara telah banyak membantu golongan gelandangan ini dan ada diantara mereka yang telah mendapat pekerjaan yang bagus...
Persoalan yang timbul dari saya sekarang ini adalah kenapa kita tidak menaikkan taraf hidup kita sendiri dengan bantuan yang ada daripada pihak kerajaan sebaliknya kita hanya berharap ? Allah sentiasa memberi pilihan kepada kita untuk merubah apa jua dan semuanya terletak pada kita sendiri...dalam isu gelandangan ini , apa yang saya ingin tekankan adalah kebanyakkan diantara mereka ini yang masih sihat dan mampu untuk mencari rezeki dan merubah taraf kehidupan mereka ke satu aras yang lebih baik daripada merempat ditepi kaki lima namun mereka hanya memohon simpati dan hanya menunggu untuk mendapatkan bantuan...
Untuk pengetahuan semua Anjung Singgah tersebut menyediakan tempat penginapan yang sangat selesa serta makan dan minuman malah mereka menyediakankan khidmat perubatan , kaunseling serta mereka akan membantu untuk mendapatkan pekerjaan kepada gelandangan yang sihat oleh Jabatan Tenaga Kerja...dan ini semua disediakan secara percuma sahaja...
Saya juga faham "statement" YB Menteri wilayah , Datuk Sri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak berniat untuk memperkecilkan golongan ini kerana sebagai seorang Menteri beliau tahu apa yang kerajaan lakukan dan apa yang kerajaan sediakan kepada golongan ini , cuma mereka (gelandangan) ini tidak mahu mengambil kesempatan atas bantuan yang disediakan dan pergi ke anjung singgah untuk berlindung kerana ada diantara mereka ini mungkin pernah melakukan kesalahan jenayah dan kalau kita lihat dari sudut pelancongan juga sedikit sebanyak akan menjatuhkan imej Negara dan juga kerajaan yang memerintah , mungkin juga mereka (pelancong) akan menuding jari kepada kerajaan kerana tidak mengambil langkah untuk menagani masalah gelandangan...
Dari sudut kebersihan pula , ia sedikit sebanyak mencemarkan pemandangan dan kebersihan kawasan yang mereka diami (tidur) . Sebagai manusia seharusnya kita berusaha untuk kearah yang lebih baik dan sebagai kerajaan yang memerintah mereka juga telah lakukan yang terbaik untuk golongan ini...Disini juga saya ada sertakan beberapa keping gambar untuk kita sama-sama renungkan...
Selamat berbuka puasa kepada seluruh umat islam diMalaysia...
8.7.2014 / selasa
6.55 petang
Kuala Lumpur
Antara gelandangan dikaki lima |
Gelandangan tidur dihadapan restoran |
Mereka tidur ditepi jalan |
segala barangan juga dibawa bersama dan menjadikan kebersihan tidak dapat dikawal |
Comments