Skip to main content

Teh Misai Kucing Red Apple

Salam , alhamdulillah setelah sekian lama menanti akhirnya saya telah pun mengeluarkan produk saya sendiri iaitu TEH MISAI KUCING RED APPLE dan RED APPLE ROSELLE ia adalah produk minuman kesihatan yang terkenal sejak zaman dahulu lagi...banyak khasiah dan kebaikan yang ada pada kedua-duan pokok ini hingga boleh membantu kehidupan seharian kite....dan disini saya ada lampirkan serba sedikit tentang TEH MISAI KUCING RED APPLE INI : Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth. Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis. Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Keterangan: Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke20. Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 - 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 - 4 gram daun segar. Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik. Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos (dosedependent). Pakar ubatan herba tradisional Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk merawat diabetes (kencing manis) dan kesannya disahkan apabila pada tahun 2007 para penyelidik daripada Jabatan Farmakologi, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Thailand menerbitkan laporan berhubung kesan Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang diaruh supaya berpenyakit diabetes. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2 - 1.0g/kg) menurunkan kepekatan glukosa plasma dengan ketara secara bergantung pada dos (dose-dependent) pada tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya kajian ini profil lipid juga telah bertambah baik dengan kepekatan gliserida plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini berbanding tikus yang tidak dirawat. Antara khasiat MISAI KUCING : Kencing manis Darah tinggi Mengelak jangkitan saluran kencing Mengelakkan batu karang (kencing lawas) Merangsang kesihatan prostate Menggalak hormone testeron Membantu menyingkirkan asid urik (gout) Arthritis Reumatik Nephritis Arteriosclerosis Mengurangkan kadar kolestrol Melancarkan peredaran darah Mengurangkan penyakit kardiovaskular Anti kanser Sakit jantung Merangsang sistem imunasi

Comments

Popular posts from this blog

DuNiA BArU ThE MOvIe

1) Gambar semasa trekking dalam kereta dunia baru the movie !! 2) Gambar baru lepas buat rambut untuk dunia baru the movie !! ok tak ? 3) Gambar semasa skrip reading dunia baru the movie !! coming soon 2007 !! www.duniabaruthemovie.com

PEngALamAn KU.....

Nie saya nak cerita pasal diri saya dan pengalaman saya dalam industri perfileman malaysia , macam mana saya boleh masuk dalam industri nie ? Hahaa , mula-mula dulu sekadar main-main je sbb cita-cita saya nak buat benda lain ...secara kebetulan kawan saya ajak pegi casting tetiba orang tue suruh saya casting and dapat but sebelum tue saya keje ngan kumpulan rabbani sebagai pr , photographer dan marketing dan dari situ juga saya dapat kenal dengan ramai orang dalam indus tri nie , selepas saya berhenti dari rabbani saya buat freelance jap ngan KRU sebagai pr kumpulan x factor , selepas beberapa bulan saya pun berhenti dan terus berkerja sebagai krew filem dibawah arahan Prof.Madya A Razak Mohaideen dalam pada masa yang sama saya juga belakon dan memegang watak yang kecil je , dari situ saya dapat pengalaman , selepas beberapa filem saya jadi krew saya pun terus focus pada bidang lakonan dan sehingga hari nie saya dah belakon sebanyak 15 filem antaranya adalah filem potret mistik , tang...

DUNIA BARU MUSIM KE 3 - COMING SOON !!

hye , terima kasih pada semua yang menyokong drama bersiri dunia baru .......jangan lupe tunggu filem dunia baru the movie dan dunia baru musim ke 3 ok ....... insyaallah dalam bulan june nie kitaorang start shooting dunia baru musim ke 3 .... cerita yang lebih menarik berbeza dengan filem dunia baru .....filem lagi best ....filem dunia baru akan berada dipawagam pada 23 ogos nie , jadi ramai-ramai la datang menyerbu pawagam ok ? kat bawah nie ada sinopsis filem dunia baru dan gambar dan alamat web site dunia baru the movie....hope u guy's enjoy !! Apabila Anizah sepatutnye melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Nanotechnology , diculik oleh bekas teman lelakinye Fazley lakonan Hafiz Nafiah , beliau meninggalkan pesanan dalam nota yang beliau dipaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan yang beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley . Disebabkan nota tersebut ,Opie(Elyana) , Tajul(Wan Ellias) , Adif(Pierre Andre) , Madihah(Ann) , Suzanna(Alm...