Skip to main content

cari pasangan...

Salam semua , harapan saya agak anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya....alhamdulillah kita diberikan nafas untuk hidup lagi hari ini....

Hari nie saya nak bercerita mengenai satu cerita benar dizaman para sahabat nabi suatu ketika dulu...mungkin ada diantara kita yang pernah dengar cerita nie tapi tak pe la...saya saja nak cerita kat sini.....begini ceritanya : ada satu hamba allah nie berjalan ditepi sebatang sungai , setelah penat berjalan dia duduk ditepi sungai , tiba-tiba dia ternampak sebijik apple yang hanyut lalu dia mengambil apple tersebut dan makan , setelah habis makan tiba-tiba dia terfikir tentang tuan punya apple , mesti ada tuan punya apple ini , kata hamba allah itu tadi...dia pun rasa sangat bersalah sekiranya dia tidak minta izin untuk makan apple itu , kemudian dia menyusuri sungai tersebut untuk mencari siapa punya apple itu , setelah jauh berjalan dia terjumpa satu ladang apple yang sangat luas dan besar....kemudian dia tercari-cari siapa tuan empunya ladang tersebut...tiba-tiba dia disapa seorang tua iaitu tuan empunya ladang apple , lalu hamba allah itu tadi bercerita dan meminta izin kepada tuan empunya ladang yang beliau telah makan sebijik apple yang hanyut....lalu tuan empunya ladang itu cakap aku tak halalkan , jadi hamba allah itu tadi merayu-rayu dan berkata dia sanggup buat apa saja asalkan tuan empunya ladang apple itu halalkan apple yang dia makan....lalu tuan punya ladang apple cakap , kamu dikehendaki berkerja dengan aku selama sepuluh tahun....lalu pemuda itu berkata saya sanggu asalkan tuan halalkan apple yang saya makan....

Setelah 10 tahun penat berkerja , pemuda itu sekali lagi bertanya kepada tuan punya ladang...adakah sudah dihalalkan sebijik apple yang saya makan 10 tahun lalu ? lalu jawab tuan punya ladang 'belum....masih ada lagi satu perkara yang harus kamu lakukan baru aku halalkan ....pemuda itu dengan penuh debaran menanti apakah yang akan tuan empunya ladang akan cakapkan kepadanya...kamu harus berkahwin dengan anak dara aku....pemuda itu gembira dan tersenyum...lalu dipintas oleh tuan punya ladang 'tetapi anak aku lumpuh segalanya...mata buta , tangan kudung , kaki kudung , telinga pekak , jadi bagaimana tanya tuan punya ladang ? lalu pemuda itu bersetuju untuk menjadi menantu kepada tuan punya ladang semata-mata untuk menghalalkan apple yang beliau makan 10 tahun lalu....lalu pemuda itu berkata ' mungkin itu adalah jodoh aku yang terbaik....

Setelah berkahwin , malam pertama pemuda itu ingin masuk bilik pemuda itu memberi salam , lalu ada suara yang menjawab 'waalaikumsalam...terkejut si pemuda itu tadi , di hulurkan tangan untuk salam , tangan nya disambut mesra , telinganya sempurna , kakinya sempurna , matanya juga sempurna....bersyukur tidak terhingga si pemuda itu tadi....lalu bapa mentuanya memberitahu bahawa matanya buta kerana anak gadisnya tidak pernah melihat benda maksiat , telinganya pekak sebab tidak pernah dengar benda yang tidak elok , tangannya kudung sebab tidak pernah mengambil barang orang atau melakukan perkara tidak baik , kakinya kudung sebab tidak pernah melangkah ke tempat maksiat atau ketempat yang kurang baik....itu adalah perumpamaan sahaja kerana aku ingin melihat kejujuran kamu....tersentak si pemuda diam tak terkata...

cerita nie mungkin boleh dijadikan teladan kepada kita semua....kesimpulannya keikhlasan dan kejujuran dalam persahabatan adalah kunci utama untuk kita mencari pasangan....bukan semata-mata kebendaan dan duniawi....

renung-renungkan dan selamat beramal....insyallah kita jumpa lagi dalam entri yang akan datang....dengarkan lagu dari rabbani - cari pasangan....

Comments

Popular posts from this blog

DuNiA BArU ThE MOvIe

1) Gambar semasa trekking dalam kereta dunia baru the movie !! 2) Gambar baru lepas buat rambut untuk dunia baru the movie !! ok tak ? 3) Gambar semasa skrip reading dunia baru the movie !! coming soon 2007 !! www.duniabaruthemovie.com

PEngALamAn KU.....

Nie saya nak cerita pasal diri saya dan pengalaman saya dalam industri perfileman malaysia , macam mana saya boleh masuk dalam industri nie ? Hahaa , mula-mula dulu sekadar main-main je sbb cita-cita saya nak buat benda lain ...secara kebetulan kawan saya ajak pegi casting tetiba orang tue suruh saya casting and dapat but sebelum tue saya keje ngan kumpulan rabbani sebagai pr , photographer dan marketing dan dari situ juga saya dapat kenal dengan ramai orang dalam indus tri nie , selepas saya berhenti dari rabbani saya buat freelance jap ngan KRU sebagai pr kumpulan x factor , selepas beberapa bulan saya pun berhenti dan terus berkerja sebagai krew filem dibawah arahan Prof.Madya A Razak Mohaideen dalam pada masa yang sama saya juga belakon dan memegang watak yang kecil je , dari situ saya dapat pengalaman , selepas beberapa filem saya jadi krew saya pun terus focus pada bidang lakonan dan sehingga hari nie saya dah belakon sebanyak 15 filem antaranya adalah filem potret mistik , tang...

DUNIA BARU MUSIM KE 3 - COMING SOON !!

hye , terima kasih pada semua yang menyokong drama bersiri dunia baru .......jangan lupe tunggu filem dunia baru the movie dan dunia baru musim ke 3 ok ....... insyaallah dalam bulan june nie kitaorang start shooting dunia baru musim ke 3 .... cerita yang lebih menarik berbeza dengan filem dunia baru .....filem lagi best ....filem dunia baru akan berada dipawagam pada 23 ogos nie , jadi ramai-ramai la datang menyerbu pawagam ok ? kat bawah nie ada sinopsis filem dunia baru dan gambar dan alamat web site dunia baru the movie....hope u guy's enjoy !! Apabila Anizah sepatutnye melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Nanotechnology , diculik oleh bekas teman lelakinye Fazley lakonan Hafiz Nafiah , beliau meninggalkan pesanan dalam nota yang beliau dipaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan yang beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley . Disebabkan nota tersebut ,Opie(Elyana) , Tajul(Wan Ellias) , Adif(Pierre Andre) , Madihah(Ann) , Suzanna(Alm...