Skip to main content

nelayan juga ada seni...

salam semua , bertemu kembali dalam post yang terkini dan sensasi....ngeee!!! sebenarnya saya nak cerita pengalaman saya semalam bersama-sama agensi penguatkuasa maritim Malaysia (APMM) , jabatan bomba dan penyelamat Malaysia (BOMBA) , polis marine , jabatan pertahanan awam Malaysia , PDRM , persatuan pencinta alam Malaysia , persatuan nelayan sg.cenang , lembaga pembanggunan Langkawi (LADA) dan ramai lagi....

apa yang kami lakukan semalam adalah gotong-royong perdana bagi membersihkan kawasan pantai dan juga laut di sekitar pantai cenang langkawi...ini bagi tujuan menjaga kebersihan dan menjadikan langkawi sebagai kawasan yang selamat untuk dikunjungi oleh semua masyarakat dunia....sokongan yang diberikan adalah amat baik dan ini adalah kali yang kedua kami lakukan di langkawi....haaaa itu baru mukadimahnya....

sebenarnya saya nak kongsi pengalaman tentang ape yang saya lakukan semalam , ermmmm seawal pagi saya dah pun berada di jeti nelayan sungai cenang untuk berkumpul dengan semua yang terlibat....yang bestnye saya minta nak naik dengan abang mat dan pak tam sebab saya kenal dorang...dan kaedah yang mereka gunakan untuk membersihkan kawasan adalah dengan menggunakan pukat...sepanjang seharian saya berada bersama mereka diatas bot tu bermacam-macam la yang saya tanya sebab saya nie suka bertanya.....hahaha!!! untuk pengetahuan korang , kenapa nelayan selalu marah bila ada bot atau pun kapal yang langgar pukat mereka ? sebabnya untuk membuat pukat bukanlah kerja yang senang dan memakan masa yang lama dan pukat itu juga adalah punca mata pencarian mereka....apa yang dilakukan oleh pak tam dan abg mus nie sebenarnya adalah benda yang sangat halus....saya juga boleh katakan ia seni kerana setiap pukat yang mereka hasilkan adalah dari kerja tangan 100% , bayangkan kita nak buat pukat yang panjangnya sehingga mencecah 4 atau 5 KM.....???? ia bukanlah kerja yang senang kerana ketelitian dan kehalusan seni tangan itu membuatkan ia mahal dan tiada nilai dengan wang ringgit....ermmmm sebab tu la dorang marah kalau ada bot atau kapal yang langgar pukat mereka.....

selain daripada itu , mereka juga harus pergi sehingga ketengah laut dengan menaiki bot yang kecil dengan alunan ombak yang sangat kuat...semata-mata untuk mencari rezeki...huhhhh!!! boleh menitik air mata la kalau korang dengar ape yang dorang citer nie....insyaallah kalau diizinkan allah saya akan ikut mereka pergi menangkap ikan kat laut dalam yang air laut ditengah-tengah tu warna dia blue black....huhh seram gak tapi demi untuk merasai kesusahan dan kepayahan saya akan cuba esok...

ok la sampai sini dulu post saya kali ini , jumpa lagi dalam post akan datang ok ? selamat petang dan selamat maju jaya....byeeee!!!

Comments

Popular posts from this blog

DuNiA BArU ThE MOvIe

1) Gambar semasa trekking dalam kereta dunia baru the movie !! 2) Gambar baru lepas buat rambut untuk dunia baru the movie !! ok tak ? 3) Gambar semasa skrip reading dunia baru the movie !! coming soon 2007 !! www.duniabaruthemovie.com

PEngALamAn KU.....

Nie saya nak cerita pasal diri saya dan pengalaman saya dalam industri perfileman malaysia , macam mana saya boleh masuk dalam industri nie ? Hahaa , mula-mula dulu sekadar main-main je sbb cita-cita saya nak buat benda lain ...secara kebetulan kawan saya ajak pegi casting tetiba orang tue suruh saya casting and dapat but sebelum tue saya keje ngan kumpulan rabbani sebagai pr , photographer dan marketing dan dari situ juga saya dapat kenal dengan ramai orang dalam indus tri nie , selepas saya berhenti dari rabbani saya buat freelance jap ngan KRU sebagai pr kumpulan x factor , selepas beberapa bulan saya pun berhenti dan terus berkerja sebagai krew filem dibawah arahan Prof.Madya A Razak Mohaideen dalam pada masa yang sama saya juga belakon dan memegang watak yang kecil je , dari situ saya dapat pengalaman , selepas beberapa filem saya jadi krew saya pun terus focus pada bidang lakonan dan sehingga hari nie saya dah belakon sebanyak 15 filem antaranya adalah filem potret mistik , tang...

DUNIA BARU MUSIM KE 3 - COMING SOON !!

hye , terima kasih pada semua yang menyokong drama bersiri dunia baru .......jangan lupe tunggu filem dunia baru the movie dan dunia baru musim ke 3 ok ....... insyaallah dalam bulan june nie kitaorang start shooting dunia baru musim ke 3 .... cerita yang lebih menarik berbeza dengan filem dunia baru .....filem lagi best ....filem dunia baru akan berada dipawagam pada 23 ogos nie , jadi ramai-ramai la datang menyerbu pawagam ok ? kat bawah nie ada sinopsis filem dunia baru dan gambar dan alamat web site dunia baru the movie....hope u guy's enjoy !! Apabila Anizah sepatutnye melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Nanotechnology , diculik oleh bekas teman lelakinye Fazley lakonan Hafiz Nafiah , beliau meninggalkan pesanan dalam nota yang beliau dipaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan yang beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley . Disebabkan nota tersebut ,Opie(Elyana) , Tajul(Wan Ellias) , Adif(Pierre Andre) , Madihah(Ann) , Suzanna(Alm...