Skip to main content

salam ramadhan 1430.......

Salam Ramadhan Al Mubarak 1430 , esok seluruh umat islam didunia akan menyambut bula yang penuh nikmat bagi kita umat islam , harapan saya agak kita dapat mengubah serba sedikit keburukan yang ada dalam diri kita agar menjadi lebih baik , apa pun kita harus bersyukur kerana masih lagi diberi nyawa olehNYA untuk sama-sama menikmati keindahan bulan yang cukup bermakna bagi kita semua....

Kali ni saya nak bercerita serba sedikit tentang dugaan yang melanda diri saya baru-baru nie , alhamdulillah segalanya dapat diatasi walaupun tanggapan segelintir masyarakat terhadap saya masih lagi serong....itu hak masing-masing , sebagai seorang manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan , itu mungkin yang berlaku pada saya dan yang pasti setakat ni saya rasa saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana wartawan hiburan di Malaysia , tak tahu la kalau mereka ada masalah dengan saya , walau bagaimana pun saya terima kritikan yang membina yang dilemparkan pada saya tempoh hari semasa acara gilang gemilang Festival Filem Malaysia ke 22 yang berlangsung di Kota Kinabalu Sabah....saya ucapkan terima kasih pada wartawan yang menulis gosip dalam Berita Harian ruangan joyah becok.....

Walaupun pelbagai pertanyaan yang ditanya oleh sahabat dan rakan seangkatan , saya tetap sabar melayari gosip yang boleh saya anggap memalukan dan mencalarkan maruah saya sebagai seorang anak seni , tatkala saya berada dinegeri orang pulak tue gosip tu keluar , huhh....hanya kesabaran dapat mengatasi masalah itu....kekadang nak tergelak pun ada....hrummm saya anggap apa yang berlaku sekadar mainan sebagai anak seni.....

Sebelum akhiri entri ni , saya nak ucap terima kasih atas teguran yang membina tu dan yang paling pasti rezeki bukan ditangan manusia atau benda yang bernyawa tapi rezeki adalah ditangan Allah S.W.T. , maksud saya kita sebagai manusia tidak layak mentafsir rezeki seseorang....so dalam bahasa ringkasnya , tak payah la nak tentukan rezeki orang kat mana....

Comments

feeya shafieza said…
salam ramadan jugak untuk hafiz ye
harap tabah dengan dugaan yang dtg
kuatkan semngat ye ;-)
hafiz said…
thanks dear....

Popular posts from this blog

DuNiA BArU ThE MOvIe

1) Gambar semasa trekking dalam kereta dunia baru the movie !! 2) Gambar baru lepas buat rambut untuk dunia baru the movie !! ok tak ? 3) Gambar semasa skrip reading dunia baru the movie !! coming soon 2007 !! www.duniabaruthemovie.com

PEngALamAn KU.....

Nie saya nak cerita pasal diri saya dan pengalaman saya dalam industri perfileman malaysia , macam mana saya boleh masuk dalam industri nie ? Hahaa , mula-mula dulu sekadar main-main je sbb cita-cita saya nak buat benda lain ...secara kebetulan kawan saya ajak pegi casting tetiba orang tue suruh saya casting and dapat but sebelum tue saya keje ngan kumpulan rabbani sebagai pr , photographer dan marketing dan dari situ juga saya dapat kenal dengan ramai orang dalam indus tri nie , selepas saya berhenti dari rabbani saya buat freelance jap ngan KRU sebagai pr kumpulan x factor , selepas beberapa bulan saya pun berhenti dan terus berkerja sebagai krew filem dibawah arahan Prof.Madya A Razak Mohaideen dalam pada masa yang sama saya juga belakon dan memegang watak yang kecil je , dari situ saya dapat pengalaman , selepas beberapa filem saya jadi krew saya pun terus focus pada bidang lakonan dan sehingga hari nie saya dah belakon sebanyak 15 filem antaranya adalah filem potret mistik , tang...

DUNIA BARU MUSIM KE 3 - COMING SOON !!

hye , terima kasih pada semua yang menyokong drama bersiri dunia baru .......jangan lupe tunggu filem dunia baru the movie dan dunia baru musim ke 3 ok ....... insyaallah dalam bulan june nie kitaorang start shooting dunia baru musim ke 3 .... cerita yang lebih menarik berbeza dengan filem dunia baru .....filem lagi best ....filem dunia baru akan berada dipawagam pada 23 ogos nie , jadi ramai-ramai la datang menyerbu pawagam ok ? kat bawah nie ada sinopsis filem dunia baru dan gambar dan alamat web site dunia baru the movie....hope u guy's enjoy !! Apabila Anizah sepatutnye melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Nanotechnology , diculik oleh bekas teman lelakinye Fazley lakonan Hafiz Nafiah , beliau meninggalkan pesanan dalam nota yang beliau dipaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan yang beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley . Disebabkan nota tersebut ,Opie(Elyana) , Tajul(Wan Ellias) , Adif(Pierre Andre) , Madihah(Ann) , Suzanna(Alm...