Salam Ramadhan Al Mubarak 1430 , esok seluruh umat islam didunia akan menyambut bula yang penuh nikmat bagi kita umat islam , harapan saya agak kita dapat mengubah serba sedikit keburukan yang ada dalam diri kita agar menjadi lebih baik , apa pun kita harus bersyukur kerana masih lagi diberi nyawa olehNYA untuk sama-sama menikmati keindahan bulan yang cukup bermakna bagi kita semua.... Kali ni saya nak bercerita serba sedikit tentang dugaan yang melanda diri saya baru-baru nie , alhamdulillah segalanya dapat diatasi walaupun tanggapan segelintir masyarakat terhadap saya masih lagi serong....itu hak masing-masing , sebagai seorang manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan , itu mungkin yang berlaku pada saya dan yang pasti setakat ni saya rasa saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana wartawan hiburan di Malaysia , tak tahu la kalau mereka ada masalah dengan saya , walau bagaimana pun saya terima kritikan yang membina yang dilemparkan pada saya tempoh hari semasa acara gilang ...