Hari ini , 06/06/09 sabtu jam 12.38 pagi adalah hari yang paling malang dalam sejarah perjalanan hidup aku sebab tingkap sebelah kiri bahagian belakang kereta kesayangan aku telah dipecahkan oleh pencuri yang sedang dalam kelaparan wang ringgit , macam nie ceritanya .........
Pada pukul 12.38 pagi , aku dan seorang rakan tiba di NZ curry house di wangsamaju untuk bertemu komposer terkenal setelah perjanjian dibuat , aku pun parking la kereta kat bawah banggunan tu , tak kan nak parking atas banggunan pulak kan ? hahaha…. Tempat yang aku parking nie tak la jauh sangat dari NZ tu dekat gak la kan ….. dah parking aku pun ajak la kawan aku untuk sama-sama berjumpa dengan komposer tersebut tapi pada mulanya kawan aku nie tak nak turun , setelah diajak juga akhirnya dia ikut gak la , ha bayangkan kalau dia tak turun ? samaada dia selamat ? barang tak dicuri ? atau dia dicederakan ? atau cermin sahaja yang pecah , barang tak dicuri ? atau sebaliknya ? hahahahaha
Tepat jam 1.30 pagi aku pun keluar dari pejabat komposer tu dan menuju ke kereta dan mendapati cermin kereta aku telah pecah , dalam perjalanan ke balai polis aku pun membuat panggilan kebeberape buah bank untuk memaklumkan kepada mereka yang kad ATM hilang dan beberape panggilan lagi la , Selepas disiasat tempat kejadian , memang ada banyak cermin pecah ditempat aku parking kereta tu , maksudnya banyak la kejadian pecah cermin kereta yang berlaku kat kawasan tue , jam 2 pagi aku pun pergi la ke balai polis wangsamaju dan buat laporan kat sana .
Ape pun alhamdulillah sebab dia selamat , barang yang hilang tue semua adalah barang yang kita tak boleh bawa ke kubur pun , jadi kita terimalah hakikat dan redo dengan ape yang berlaku , maksud aku bukan lah aku tak sayang dengan barang-barang yang hilang diambil tue , tapi mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku tue , allah lebih mengetahui , mungkin barang yang diambil tue dia pinjam sekejap je , kalau ada rezeki dia pulangkan balik la kot , hahahahahahahaha…..
Ape yang berlaku ni adalah ujian allah untuk umatnya yang inginkan perubahan dalam hidup kot , dan kejadian nie adalah dugaan dan pengajaran untuk aku supaya selepas nie kalau nak parking kereta jangan simpan barang dalam kereta .
Kesimpulannya , berhati-hati bukan sahaja dijalanraya malah dimana sahaja anda berada , setiap orang yang kita jumpa kita tak boleh terus percaya pada mereka .
Renung-renungkan……

Comments