Skip to main content

keikhlasan......

Salam dan selamat berhujung minggu , topik yang saya nak ceritakan ini adalah tentang keikhlasan atau ikhlas , sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita didunia ini dimana keikhlasan yang kita pamerkan selalu diperkotak-katikkan , itu adalah dugaan dalam kehidupan seharian kita , tapi kenapa masih lagi berlaku perkara sebegini ? ermm.....sebagai contoh apa yang berlaku pada saya sendiri semenjak dua menjak ini dimana keikhlasan saya tu di pergunakan , dipermainkan , diperbodohkan dan sebagainya ...... saya sangat kecewa , walaubagaimana pun saya harus kuat untuk mengharungi segala dugaan ini , keikhlasan saya dipermainkan oleh sesetengah pihak yang merasakan mereka ini hanya ingin mencuba atau sekadar melepaskan batuk ditangga semasa atau dalam keadaan tersebut atau hanya ingin mencuba dan mencari kepuasan diri , apabila keikhlasan seseorang itu dipermainkan maka orang yang dipermainkan keikhlasannya akan merasa sangat kecewa dan mungkin akan bertindak diluar kawalan dirinya sendiri , hanya sekadar menceritakan apa yang berlaku kerana saya hanya ada medium ini sahaja yang saya mampu untuk meluahkan segalanya , dan sebagai manusia juga kita tidak harus mempercayai seratus peratus cerita yang orang sampaikan pada kita dan menerima bulat-bulat apa yang disampaikan itu , kita harus bertindak dengan rasionalnya bukan dengan kehendak hati , dan orang yang menyampaikan cerita tersebut mungkin ada agenda tersendiri untuk menjatuhkan seseorang , memporak perandakan rumah tangga orang untuk memiliki sesuatu , memusnahkan hubungan percintaan sesebuah pasangan dan ini boleh disifatkan sebagai dengki atau busuk hati , perbuatan sebagini adalah yang dilarang dalam agama kita , jadi renung-renungkanlah , perbuatan ini juga adalah sesuatu yang besar untuk dikupaskan ,  saya akan menceritakan lagi tentang isu ini sedikit masa lagi...."kunlun nafsin za ikatul maut" sesungguhnya setiap benda yang bernyawa akan menemui ajal.....

Comments

Anonymous said…
bila citer soal keikhlasan dari hati.. perkara tu adalah sesuatu yg subjektif. kita tak bleh nak menilai org tu samaada dier iklas atau tak.. kerana perasaan tu datang dari seseorang secara individu... kadang2 aper yg kiter nilai tu tak benar sama sekali.. mungkin org yang nak menyampaikan sesuatu tu sebenarnya iklas dan tak ada sekelumit perasaan busuk hati dan dengki pun.. tapi disebabkan dier terlalu jujur apabila bercerita, maka dier dianggap untuk menjatuhkan org lain. benda ni pun sebenarnya suatu pemikiran yang kurang sihat. Seharusnya pemikiran secara profesional adalah lebih wajar bila isu2 mcm ni dibangkitkan. Kalau kita pk org tu busuk hati.. adakah kita terpk kenapa dier perlu busuk hati? untuk apa? apa yg dier dapat kalau dier busuk hati atau dengki? hebat ker kita ni sampai nak menilai org mcm tu... kan? kita perlu kenal dengan lebih lagi sebenarnya setiap individu yg ada disekeliling kita... tak perlulah kita cepat melenting.. lagi2 bila kita terlibat dengan dunia yang glamer ni.. sabar dan bykkan berdoa agar kita sentiasa dilindungi oleh ALLAH dan dielakkan daripada perkara-perkara yang tak baik... Aminnn.. no heart feeling erk.. just opinion

Popular posts from this blog

DuNiA BArU ThE MOvIe

1) Gambar semasa trekking dalam kereta dunia baru the movie !! 2) Gambar baru lepas buat rambut untuk dunia baru the movie !! ok tak ? 3) Gambar semasa skrip reading dunia baru the movie !! coming soon 2007 !! www.duniabaruthemovie.com

PEngALamAn KU.....

Nie saya nak cerita pasal diri saya dan pengalaman saya dalam industri perfileman malaysia , macam mana saya boleh masuk dalam industri nie ? Hahaa , mula-mula dulu sekadar main-main je sbb cita-cita saya nak buat benda lain ...secara kebetulan kawan saya ajak pegi casting tetiba orang tue suruh saya casting and dapat but sebelum tue saya keje ngan kumpulan rabbani sebagai pr , photographer dan marketing dan dari situ juga saya dapat kenal dengan ramai orang dalam indus tri nie , selepas saya berhenti dari rabbani saya buat freelance jap ngan KRU sebagai pr kumpulan x factor , selepas beberapa bulan saya pun berhenti dan terus berkerja sebagai krew filem dibawah arahan Prof.Madya A Razak Mohaideen dalam pada masa yang sama saya juga belakon dan memegang watak yang kecil je , dari situ saya dapat pengalaman , selepas beberapa filem saya jadi krew saya pun terus focus pada bidang lakonan dan sehingga hari nie saya dah belakon sebanyak 15 filem antaranya adalah filem potret mistik , tang...

DUNIA BARU MUSIM KE 3 - COMING SOON !!

hye , terima kasih pada semua yang menyokong drama bersiri dunia baru .......jangan lupe tunggu filem dunia baru the movie dan dunia baru musim ke 3 ok ....... insyaallah dalam bulan june nie kitaorang start shooting dunia baru musim ke 3 .... cerita yang lebih menarik berbeza dengan filem dunia baru .....filem lagi best ....filem dunia baru akan berada dipawagam pada 23 ogos nie , jadi ramai-ramai la datang menyerbu pawagam ok ? kat bawah nie ada sinopsis filem dunia baru dan gambar dan alamat web site dunia baru the movie....hope u guy's enjoy !! Apabila Anizah sepatutnye melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Nanotechnology , diculik oleh bekas teman lelakinye Fazley lakonan Hafiz Nafiah , beliau meninggalkan pesanan dalam nota yang beliau dipaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan yang beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley . Disebabkan nota tersebut ,Opie(Elyana) , Tajul(Wan Ellias) , Adif(Pierre Andre) , Madihah(Ann) , Suzanna(Alm...