Skip to main content

LET'S CHAT AND JAM !!



Hai , ecok adalah hari yang saya tunggu-tunggu gak dalam diari seni saya , ecok bertempat di THE ORANGE CLUB Jalan Kia Peng , Kuala Lumpur jam 7.45 malam akan diadakan buat kali keduanya LET'S CHAT AND JAM . Program yang akan memberi ruang kepada karyawan seni Malaysia untuk meluahkan segala masalah yang ada untuk sama-sama kita cari jalan penyelesaiannya dalam jangka masa singkat mahupun jangkamasa panjang , program kali ini berbeza sikit dengan yang sebelum ini sebab pihak biro muda karyawan juga dalam masa yang sama mengadakan kutipan dana tabung karyawan untuk GAZA , harapan kami agar program ini akan mencapai objektif yang kami mahukan demi industri seni kita khususnya dan secara tak langsung kami juga menjalankan tanggungjawab sosial kemanusiaan dan peka terhadap ape yang berlaku disekeliling kita khususnya didalam negara sendiri mahupun diperingkat global , kali ini juga kami memilih Orange Club sebagai tempat berlangsungnya acara ini disebabkan keluasan tempat itu sendiri , dengan keadaan tempat letak kereta yang senang dan selamat jadi tempat ini dipilih untuk Let's Chat And Jam buat pertama kalinya , lebih kurang 12 band indie yang akan membuat persembahan dan 10 orang artis solo termasuk yang sudah ada nama ataupun yang baru melancarkan single pertama , ini juga dapat mengetengahkan lagi bakat mereka disebabkan pada malam tersebut terdapat lebih kurang 30 media yang akan membuat liputan untuk acara ini . Acara ini juga turut dihadiri oleh tetamu jemputan khas untuk membincangkan isu berkenaan industi seni antaranya adalah En Juril Latip daripada PTVM , En Latif Mohaideen Daripada PFM dan wakil dari PRISM , MACP dan orang yang berkaitan dalam industri , apa yang pasti saya rasa agak kurang lengkap sebab seseorang yang patut membuat persembahan pada malam itu nanti tak dapat membuat persembahan diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan , walau bagaimana pun saya amat memahami keputusan beliau , saya akan menghantar mms gambar acara ini nanti pada beliau.....hehehehehe!! ape pun ecok tanggungjawab saya dan sahabat saya amylea adalah untuk mengendalikan acara ini dari awal hinggalah tamat.... semoga keserasian antara kami untuk menjadi pengerusi majlis ini nanti dapat memeriahkan lagi acara ini , ermmm ini tanggungjawab yang bukan mudah gak la .... huhuhu!! Yang pasti kita jumpa disana esok tepat jam 7.45 malam ye , saksikan kehebatan bakat baru dan lama yang akan menghiburkan anda dengan sistem bunyi yang sangat profesional daripada mubari sound and light , JUMPA ANDA DISANA !!

Comments

Popular posts from this blog

DuNiA BArU ThE MOvIe

1) Gambar semasa trekking dalam kereta dunia baru the movie !! 2) Gambar baru lepas buat rambut untuk dunia baru the movie !! ok tak ? 3) Gambar semasa skrip reading dunia baru the movie !! coming soon 2007 !! www.duniabaruthemovie.com

PEngALamAn KU.....

Nie saya nak cerita pasal diri saya dan pengalaman saya dalam industri perfileman malaysia , macam mana saya boleh masuk dalam industri nie ? Hahaa , mula-mula dulu sekadar main-main je sbb cita-cita saya nak buat benda lain ...secara kebetulan kawan saya ajak pegi casting tetiba orang tue suruh saya casting and dapat but sebelum tue saya keje ngan kumpulan rabbani sebagai pr , photographer dan marketing dan dari situ juga saya dapat kenal dengan ramai orang dalam indus tri nie , selepas saya berhenti dari rabbani saya buat freelance jap ngan KRU sebagai pr kumpulan x factor , selepas beberapa bulan saya pun berhenti dan terus berkerja sebagai krew filem dibawah arahan Prof.Madya A Razak Mohaideen dalam pada masa yang sama saya juga belakon dan memegang watak yang kecil je , dari situ saya dapat pengalaman , selepas beberapa filem saya jadi krew saya pun terus focus pada bidang lakonan dan sehingga hari nie saya dah belakon sebanyak 15 filem antaranya adalah filem potret mistik , tang...

DUNIA BARU MUSIM KE 3 - COMING SOON !!

hye , terima kasih pada semua yang menyokong drama bersiri dunia baru .......jangan lupe tunggu filem dunia baru the movie dan dunia baru musim ke 3 ok ....... insyaallah dalam bulan june nie kitaorang start shooting dunia baru musim ke 3 .... cerita yang lebih menarik berbeza dengan filem dunia baru .....filem lagi best ....filem dunia baru akan berada dipawagam pada 23 ogos nie , jadi ramai-ramai la datang menyerbu pawagam ok ? kat bawah nie ada sinopsis filem dunia baru dan gambar dan alamat web site dunia baru the movie....hope u guy's enjoy !! Apabila Anizah sepatutnye melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Nanotechnology , diculik oleh bekas teman lelakinye Fazley lakonan Hafiz Nafiah , beliau meninggalkan pesanan dalam nota yang beliau dipaksa tulis oleh Fazley kepada rakan-rakannya mengatakan yang beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley . Disebabkan nota tersebut ,Opie(Elyana) , Tajul(Wan Ellias) , Adif(Pierre Andre) , Madihah(Ann) , Suzanna(Alm...