Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu belum lagi menjatuhkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Dengan keputusan ini kerjaya politik Anwar Ibrahim kelihatan berakhir, beliau akan hilang semua kelayakkan dan kedudukan politiknya. Dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.. 4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan. MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adikn...