Seronok dan teruja , itu la ungkapan yang terbit dalam hati apabila tiba di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu , Sabah tepat pada pukul 12.20 tengah malam dengan menaiki pesawat Malaysia Airline MH2626 737-400 dari KLIA pukul 9.50 malam . Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki di negeri dibawah bayu ni , setelah sekian lama berhajat untuk sampai di sabah akhirnya termakbul doa saya , syukur kehadrat Allah , sebaik tiba saya menaiki teksi terus menuju ke hotel penginapan di Le Meridian di pusat bandaraya , sebaik sampai dihotel kami berehat dan bersembang sehingga jam 4.30 pagi sebelum bangun semula pada pukul 10.00 pagi untuk sarapan pagi di lobby hotel . selasai sarapan pagi , selapas habis urusan kerja kami , kami pun memulakan perjalanan untuk berkunjung ke Shopping Mall yang terbesar di Kota Kinabalu iaitu One Borneo , setelah lebih kurang 1 jam disana , kami terus pulang ke hotel semula unuk check out , setelah check out kami pergi ke pasar yang jual barangan cend...